Thursday, December 4, 2008

Lelaki Acuan Al-Quran

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Seorang
Lelaki Yang Beriman
Yang Hatinya Disaluti rasa Taqwa
Kepada Allah SWT
Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu
Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala
Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya
Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar
Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan
NafsuLelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki
Yang Menjaga Tuturkatanya
Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya
Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia
Yang DicarinyaYang Sentiasa Berbuat Kebaikan
Kerana Sifatnya Yang Pelindung
Yang Mempunyai Ramai Kawan
Dan Tidak Mempunyai Musuh Yang Bersifat Jembalang
Lelaki Acuan Al-Quran Ialah
Lelaki Yang Menghormati Ibubapanya
Yang Sentiasa Berbakti Kepada Kedua
Orang Tua Dan Keluarga
Yang Bakal Menjaga Keharmonian Rumahtangga
Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan Isteri
Mendalami Agama Islam
Yang Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan
Kerana Dunia Baginya Adalah Rumah
Sementara Menunggu Akhirat
Lelaki Acuan Al-Quran Sentiasa
Bersedia Untuk Agamanya
Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran
Dan Mencontohi Sifat Rasulullah SAW
Yang Boleh Diajak Berbincang Dan
berbicaraYang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan
Rahmat Allah Ke Atasnya
Lelaki Acuan Al-Quran Tidak Pernah Membazirkan Masa
Yang Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca
Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir
Yang Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan
Yang Bangun Subuhnya Penuh Dengan Kecerdasan
Kerana Sehari Lagi Usianya Bertambah
Penuh Kematangan
Lelaki Acuan Al-Quran Sentiasa Mengingati Mati
Yang baginya Hidup Di Dunia AdalahLadang Akhirat
Yang Mana Buah Kehidupan Itu PerluDibajai Dan Dijaga
Meneruskan Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian
Lelaki Acuan Al-Quran Ialah
Lelaki Yang Tidak Mudah Terpesona
Dengan Buaian Dunia
Kerana Dia Mengimpikan Syurga
Di Situlah Rumah Impiannya
Bersama Wanita Acuan Al-Quran.

No comments: