Sunday, November 13, 2011

~ Too Late to Tell ~









Friday, November 11, 2011

~ 11.11.11 ~




just a date!


ramai yang pilih tarikh hari ni sebagai hari bersejarah mereka seperti hari pernikahan..
four of my friends will be married today, congratulations to all of you! They are Farina, Sharizan, Ekin and Aliaa.. =)




but for me, nothing special happened today..






maybe 12.12.12 will be mine?? who knows??




ha...ha....ha....haaaaa!






(^_________________^) *berangan je lebih*


s/c : just a date!

Wednesday, October 26, 2011

Monday, September 26, 2011

;)

(gambar sekadar hiasan)



women don't like to be called princesses
but they like to be treated as princesses.. ;)

Thursday, September 22, 2011

~ Big Day - Part 2 ~


inilah cerita sebenar... ;)
my dear cousin's wedding.. me as her pengapit.. =)
theme : minang style.
date : 17 sept 2011
solemnization : 16 sept 2011

*****

*****


*****


*****


*****


*****

-kami sebaya.. tapi dia bukan single lagi.. huuu..-

to my dearest cousin : semoga kamu berbahagia hingga ke akhir hayat, insyaALLAH.. Aminn.. cepat2 dapat baby k.. ;)

love u lah, muah! muah!

Sunday, September 18, 2011

~ Big Day - Part 1 ~

weeehhhhhuuuuu!!! (^_^)!

*****


*****


*****


*****


s/c : will be continue....

Wednesday, September 14, 2011

Tuesday, September 6, 2011

~ Selamat Hari Raya Aidilfitri ~

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin..
Di kesempatan ini saya ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf jika ada tersalah kata, terlanjur bicara, termengada ngada..eheh.. apa2 lagi yang 'ter', saya minta ampun dan maaf ye.. buang yang keruh ambil yang jernih, jangan di simpan di dalam hati..(ok tak sesuai) =p 0-0 ye kawan2.. =)






Selamat Hari Raya!!!






jom main MERCUN!!! weeeeeee....






di pagi raya :


s/c : abang beraya di rumah mertua, kami berenam je la.. huu..
s/c2 : tema kali ni, pink+purple.. ;)

Thursday, August 18, 2011

~ Cheese puding with Oreo ~

Menu kita kali ni ialah Cheese puding with oreo, atau dalam bahasa melayunya Puding Keju dengan Oreo.. hee.. Cheese puding ni pun first time juga buat (semuanya first time.. =p), mula2 buat kan biasalah ada yang terkurang dan terlebih sikit.. huu.. tapi apa2 pun rasa die sangat sedap ok! lemak2 berkrim gitu.. plus dengan rasa oreo yang memang sedap tu.. nyum2!! =) Seperti yang saya kata sebelum ni, saya suka resepi2 yang simple macam ni dan tidak memerlukan oven/microwave.. cuma menggunakan dapur masak dan juga fridge.. hee.. Resepi ni saya dapat masa jalan2 kat blog masak masak K.Ita.. =) banyak lagi resepi sedap2 kat situ, jemputlah jalan2 di sana ye.. =)

jom tengok pic bawah ni dan juga resepi dia!~ ;)

.....

hasilnya! atas tu saja taburkan serbuk oreo untuk hiasan tambahan.. =p
pic lepas di potong tak sempat nak amik, dah abes di makan pun.. huu..

yang ni buat dalam bekas kecik2, setelah di potong dalam die nampak macam tu lah.. =)

Cheese puding with Oreo
Resepi diadaptasi dari resepi Cheese Puding
Resepi : Along Roz
Sumber : K.Ita

Bahan-bahan :

13g Serbuk Agar-agar
1 Liter Air
120g Gula
3 biji Telur
120-150g Biskut Cheese (blend halus)
1 sudu besar Tepung Kastard
400ml Susu Cair
200g Susu pekat
50g Mentega
Sedikit Oreo di buang creamnya

Cara-cara :

Adunan 1 -
  1. Masak serbuk agar-agar dengan air sehingga hancur. Kacau selalu.
  2. Masukkan gula & kacau sehingga sebati.
Adunan 2 -
  1. Pukul telur sehingga rata dan campurkan biskut dan tepung kastard.
  2. Masukkan susu dan kacau sebati.
  3. Tuangkan ke dalam adunan 1 tadi dan tutup api apabila mendidih.
  4. Masukkan mentega sehingga sebati.
Tuang ke dalam loyang/acuan. Layerkan dengan biskut oreo. Susun biskut dalam loyang dan buat selapis demi selapis. Kemudian biarkan sejuk di suhu bilik.
Sejukkan sebelum di hidangkan.

*tips - telur, biskut cheese, susu cair, susu pekat dan tepung kastard (blend semua sekali) kemudian tuang dalam adunan 1, sentiasa kacau hingga mendidih. Padamkan api dan biarkan sejuk sebentar dan baru dituang dalam acuan.


s/c : maaf kerana presentation kurang memuaskan.. takde bekas2 yang comel.. huu..

Selamat Mencuba! =)

Wednesday, August 17, 2011

~ Tiramisu Biscotti ~

Entry kali ni nak cerita pasal makanan pulak.. Semalam lepas cari bahan2 yang diperlukan dan dengan kerajinan luar biasa saya telah merajinkan diri untuk membuat Tiramisu Biscotti ini.. hee.. Resipi ni dapat masa tengah jalan2 kat blog masak masak K.Nor.. =) Simple sangat2 nak buat die, dan rasanya sangat AWESOME! haha, terover pulak. =p lately nih saya sangat suka mencuba dessert2 macam ni, yang simple dan bahan2 pun senang nak dapat..dan yang paling penting tak perlu menggunakan oven/microwave. (sebab yang ada kat umah ni da rosak.. isk3) tak dapat nak buat biskut untuk raya ni.. Special thanks to my luvly adik (alin) sebab tolong pukulkan adunan untuk tiramisu ni.. Maceh2! ;)

ok lah, jom layan gambar2 dibawah! Kalau u all nak try rasa pun boleh je, sila2! he3.. ;)

.....

in da making... setelah siap dilayerkan dan sedia untuk dimasukkan ke dalam fridge..
tak sabar nak makan! ;)

ok da siap! da makan pun.. huu.. walaupun tak berapa nak cantik rupa die, tapi rasa die tak terkata! keh3.. =p nyum3!!

Ni resepi die..

Tiramisu Biscotti
resepi : K.E MyR
sumber : K. Nor

Bahan-bahan:
1 paket biskut lady finger @ biskut tiramisu
250g cream cheese
200ml whipping cream
1/2 cawan gula halus
1 sudu makan serbuk nescafe
1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
serbuk koko untuk hiasan

Cara-cara :
  1. Bancuhkan nescafe dengan 1 cawan air panas tadi
  2. Satukan gula, cheese dan cream.
  3. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu.
  4. Celup biskut ke dalam air nescafe sehingga basah @ lembut.
  5. Susun biskut tadi ke dalam mangkuk @ bekas.
  6. Sapukan adunan cream+cheese tadi atas biskut.
  7. Susun lagi biskut yang selebihnya sapukan nescafe dan baki cream cheese tadi.
  8. Kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar.
  9. Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya.


s/c1 : resepi ni first time buat, insyaALLAH akan buat lagi.. hee..
s/c2 : kawan2 pun silalah cuba dan kongsikan sama ye.. ;)
s/c3 : ok2, sila lap yang meleleh2 kat tepi mulut korang tu k! huhu..

~ Crumble Mumble ~


First time buat crumble nih.. tak tau lah ada rupa crumble ke tak.. huhu.. Gambar kat bawah ni first crumble untuk baju raya my friend.. Pilihan warna pearl dan manik di pilih sendiri oleh tuan punya baju.. Memandangkan baju tu plain je memang takde corak langsung, warna pearl dan manik yang pelbagai tu menaikkan lagi seri baju tu.. cewaaahhh!! haha.. ok, meh tengok hasilnya..
jeng..jeng..jeng.. berdebar pulak! =p

.....





s/c1 : quality gambar kurang memuaskan sebab snap guna hp je.. huu..
s/c2 : pic no.2 tu belum renjis (manik tabur) lagi..

Tuesday, August 2, 2011

~ Salam Ramadhan Al-Mubarak ~

*senyuman ikhlas untuk pembaca semua* =p

Assalamualaikum.. Salam Ramadhan Al-Mubarak to all my friends, followers and readers! =) Pejam celik pejam celik sekarang dah pun masuk minggu ketiga kita berpuasa.. (dan saya baru je nak post entry Salam Ramadhan ni?? lambat betul.. huu..) tak sangka cepat betul masa berlalu.. tapi rasanya belum terlambat lagi kan? sebab ada seminggu lebih lagi sebelum kita menyambut Hari Raya Aidilfitri.. hehe.. Seminggu lebih je lagi?? cepatnya..rasa sedih pulak sebab Ramadhan akan meninggalkan kita tak lama lagi.. sob3.. :( semoga kita sama2 mendapat keberkatan dan rahmat di bulan yang mulia ini.. Marilah sama2 berdoa agar di panjangkan umur dan di pertemukan lagi dengan Ramadhan akan datang.. InsyaALLAH..

Disini saya ingin berkongsi sedikit beberapa kelebihan bulan Ramadhan Al-Mubarak ni.. cekidaut! ;)

Antara kelebihan-kelebihan bulan Ramadhan yang umumnya diketahui :
  • Bulan keampunan yang penuh berkat untuk hamba-hambaNya yang tidak pernah lari dari kesilapan dan dosa.
  • Diturunkan satu malam yang istimewa iaitu Lailatul Qadar dimana malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Digandakan pahala amalan pada malam tersebut.
  • Diturunkan petunjuk bagi manusia iaitu Al-Quran pada bulan Ramadhan.Oleh itu kita digalakkan untuk memperbanyakkan serta menggandakan bacaan Al-Quran beserta maksudnya di bulan Ramadhan nanti.
  • Ditutup pintu neraka dan dibukakan seluasnya pintu syurga.
  • Syaitan tidak dapat menghasut manusia pada bulan Ramadhan.Namun jika masih ada kejahatan yang dilakukan ia berpunca dari nafsu diri sendiri.Mohonlah keampunan Ilahi di bulan Ramadhan yang mulia itu.
  • Kegembiraaan orang yang berpuasa dengan ikhlas ketika Ramadhan ialah bila tiba waktu berbuka puasa kerana dia dapat menghalang dirinya daripada melakukan kejahatan.

s/c : Selamat berpuasa! puasa, jangan tak puasa! ;)

Wednesday, July 6, 2011

~ Wordless Wednesday ~


hmm.. kenapa setiap kali hari rabu je ramai orang post / buat entry dengan tajuk kat atas tu ae?

Apekah wordless wednesday ni sebenarnya?
kenapa hanya untuk wednesday je?
kenapa bila wednesday je wordless?
hari lain macam mana?
wordless monday ke wordless tuesday ke wordless thursday ke wordless friday ke wordless saturday ke wordless sunday ke??
kenapa?
kenapa? ngee...

haish tak faham betul lah..
Ada sesiapa nak tolong jawabkan soalan yang banyak2 ni tak? huu..

tak ada yang nak tolong jawab?? :(
takpe, jom tengok bawah ni...



okeh, bawah ni ada jawapan yang saya dapat atas bantuan pakcik gugel..thanks pakcik gugel! hehe.. cekidaut! ;)

"Wordless Wednesday (WW) is a visual blogosphere phenomenon. Whereas blogs(web journals) are primarily about "words" bloggers love to dress their journal entries with imagery. WW is a simple blog post featuring a photo which conveys a message that speaks for itself without using words. However, there are no specific rules about WW posts so a few (and sometimes, many) words may accompany a photo or image that is the focus of a WW blog entry."

so, macam mana? dah faham ke? mahapla, pakcik gugel tak sempat nak translate kan dalam bahasa melayu..(sebenarnya malas nak translate kan, huhu).. untuk penjelasan lebih lanjut anda boleh meminta bantuan pakcik gugel ye.. ;)

sebenarnya term WW ni da lama wujud kat dunia blog ni, cuma saya je yang baru tau.. ish3.. kesian sungguh kau ni.. huu.. orite ingat, lepas ni kalau tak nak tulis apa2 just nak letak gambar je kat entry tu, letak la tajuk WW tu ye.. simple! hee..

Sekian~~ Wordless Wednesday ~

Monday, July 4, 2011

~ Kakak ~

i'm back! ade orang rindu kat saya tak? huhu.. mode:perasan. =p

okeh, ari ni saya sangat lah terharunya kerana ade seseorang telah membuat entry untuk saya..weee.. happy2! ;) sweet sangat entry tu, rasa macam nak nanges jer.. huhu.. korang nak baca tak entry yang saya maksudkan tu? entry tu bertajuk Adik and mine is Kakak.. ;) meh tengok entry tu di sini >> kak feeza .

Thanks kak feeza coz buat entry tu and tolong promotekan saya sekali, susah-susah jer.. hoho.. Actually, first time saya kenal kak feeza time Industrial Training masa diploma dulu. Masa tu tahun 2008. Perkenalan kami bermula di suatu pagi yang hening di ofis RMC.. (ayat
skema.. haha..) panjang na kalau nak cerita ni.. Di pendekkan cerita, start dari situ la kami
berkawan sampai la ni.. kak feeza kawan saya yang best+gila-gila+happygolucky.. =) saya panggil die kakak sebab dia setahun tua dari saya..huu.. dah berkahwin and ada sorang baby boy.. so tak leyh nak ngorat2 okeh! =p kami dah lama tak jumpa, dah lama tak kuar sesama, dah lama tak gaduh2, dah lama tak...macam2 lagi la.. isk3.. bila la nak jumpa lagi ni.. :(

to kak feeza : gud luck for ur final sem, struggle and get the best result ok! ;)
ada masa nanti kita gaduh2 ye kak.. hehe.. adikmu ini menyayangi mu.. (cewwaaahh)

beberapa memory ketika di RMC, sila layan pic di bawah :

siyesnya muka.. hehe.. (tolong jangan marahkan saya) =p
this is kak feeza.. =)
greeny.. pic ni time raya.. kebetulan sama2 pulak ijau.. ;)

sila cari persamaan di bawah. =p

Saturday, June 25, 2011

~ We're All Cracked Pots ~


A Water bearer in China had two large pots, each hung on the ends of a pole which he carried across his neck. One of the pots had a crack in it, while the other pot was perfect and always delivered a full portion of water. At the end of the long walk from the stream to the house, the cracked pot arrived only half full.

For a full two years this went on daily, with the bearer delivering only one and a half pots full of water to his house. Of course, the perfect pot was proud of its accomplishments, perfect for which it was made. But the poor cracked pot was ashamed of its own imperfection, and miserable that it was able to accomplish only half of what it had been made to do. After 2 years of what it perceived to be a bitter failure, it spoke to the water bearer one day by the stream. "I am ashamed of myself, and because this crack in my side causes water to leak out all the way back to your house."

The bearer said to the pot, "Did you notice that there were flowers only on your side of the path, but not on the other pot's side?

That's because I have always known about your flaw, and I planted flower seeds on your side of the path, and every day while we walk back,you've watered them.
For two years I have been able to pick these beautiful flowers to decorate the table. Without you being just the way you are, there would not be this beauty to grace the house"

Moral: Each of us has our own unique flaws. We're all cracked pots.
But it's the cracks and flaws we each have that make our lives together so very interesting and rewarding.

You've just got to take each person for what they are, and look for the good in them.

~ Kalau Encik Boleh Tolong Terangkan pada Anak-anak Saya ~


Suatu pagi yang tenang, di dalam sebuah komuter.. Kelihatan seorang lelaki sekitar lewat 20-an, Azwan, memasuki salah satu gerabak saat ia berhenti di sebuah stesen. Dia masuk bersama-sama dua orang anak lelaki, mungkin berusia 4 dan 6 tahun..

Sebaik sahaja dia melabuhkan diri di sebuah kerusi, tanpa menghiraukan anak-anaknya.. Azwan terus memejamkan mata. Wajahnya kelihatan penat, langsung saja melelapkan mata. Si anak pula apa lagi, ligatlah bermain-main dua beradik itu ke hujung dan ke hilir gerabak. Dek kerana suasana yang kurang sesak, memang agak senanglah untuk mereka berlari kesana-kemari.

Mula-mula berlumba lari, si adik kalah lalu marah-marah, meradang. Pastinya suasana yang tenang tadi menjadi bingit dan merimaskan penumpang lain. Masing-masing memandang saja si ayah yang kelihatan lena melelapkan matanya.

Kemudian, mereka berlumba pula memanjat tiang di dalam gerabak tersebut. Si abang pula yang kalah, geram, lalu dicapainya majalah seorang penumpang yang sedang membaca - dan terjatuh. Kelihatan puas hati di wajahnya. Mahu dimarahi, cuma budak kecil.. Malangnya si adik pula terasa tercabar. Kalau abangnya boleh buat begitu, pasti dia pun boleh!

Si adik pun buatlah hal yang sama. Kali ini surat khabar penumpang lain menjadi mangsa - dan terjatuh juga. Penumpang lain yang melihat sekadar menggelengkan kepala, dan menyimpan bahan bacaan mereka! Dua beradik itu masih lagi aktif.. Bermain-main.

Akhirnya seorang penumpang lalu cuba menegur Azwan. Ditepuknya peha Azwan, terkejut dari lelapnya. Sambil cuba menahan rasa geram dia berkata dengn baik, "Maaf saudara, anak-anak saudara sangat mengganggu kami!"

Azwan terpinga-pinga, sebentar kemudian dia cuba bangun. Tapi seakan-akan tiada kekuatan, dia terduduk kembali. Tiba-tiba, wajah Azwan kemerah-merahan.. Lalu terluah airmata jantannya. Si lelaki yang menegur tadi mula serba salah. "Maaf saudara.. Saudara ade masalah ke?"

Akhirnya Azwan membuka cerita..

Katanya, sebenarnya dia dan anak-anaknya dalam perjalanan ke hospital. Isterinya sedang terlantar sakit di sana - setelah disahkan mempunyai ketumbuhan di bahagian otak. Sejak itu, isterinya terpaksa ditahan di hospital dan diletakkan di bawah pemeriksaan rapi. Oleh itu, kanak-kanak tidak dapat dibenarkan melawatnya sebagai langkah keselamatan.

Setelah berminggu-minggu, si anak-anak sangatlah merindukan ibunya. Dan ibunya pula apatah lagi. Azwan bagaikan berada di tengah-tengah.. Dilema. Ingin saja dia menemukan anak-anaknya dengan isterinya di hospital, tetapi tidak dibenarkan oleh doktor. Akhirnya si anak-anak mula menjadi murung, tidak berselera makan.. Dan asyik bertanyakan tentang ibunya. Isterinya pula semakin hari menjadi semakin lemah, dan sangat merindukan anak-anaknya.

Kerana terlalu rindu, isteri Azwan pernah memberitahunya, jika pun dia perlu membayar wang semata-mata untuk dibenarkan berjumpa anak-anaknya, dia sanggup! Dia meminta Azwan mengeluarkan semua simpanan mereka untuk membayarnya!

Azwan terus mendesak dan mendesak doktor.. Akhirnya dibenarkan, tetapi tidak boleh lama. Lalu dia terus pulang ke rumah, mendapatkan anak-anaknya.. Dan memberitahu berita gembira itu - mereka akan bertemu si ibu esok! Lalu melompat kegembiraanlah dua beradik itu. Terus berselera makan, menyanyi-nyanyi.. Malah si abang siap melukiskan sesuatu untuk ditunjukkan kepada ibunya keesokan hari.

Si adik pula terus mencari-cari pakaian tercantik yang mana ingin dipakai. Sepanjang malam, bertalu-talu soalan diajukan kepada Azwan oleh anak-anaknya, tentang ibu mereka. Akhirnya mereka terlelap juga, lewat malam.

Keesokannya, hari yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba. Azwan pulang dari kerjanya pada waktu tengahari, untuk menjemput anak-anak. Sampai saja di pintu rumah, anak-anaknya telah pun siap! Akhirnya Azwan sendiri tak sempat berehat dan menukar pakaiannya, terus saja keluar menuju ke stesen komuter.

Namun, siapa sangka.. saat mereka ingin keluar, Azwan mendapat panggilan daripada hospital - menyatakan isterinya baru saja menghembuskan nafasnya yang terakhir!

Hancur luluh hatinya, terus kelu lidahnya, langsung kaku jasadnya. Azwan buntu, tidak tahu apa yang harus dilakukan, apa yang harus diberitahu kepada anak-anaknya.. Dia benar-benar tersentak dan sebak, apalagi melihatkan kegembiraan pada wajah anak-anaknya untuk bertemu ibu mereka.

Akhirnya Azwan tetap ke stesen komuter, dan menuju ke hospital - dengan fikiran yang kosong. Kerana itulah dia langsung duduk dan cuba menenangkan dirinya. Dan membiarkan saja anak-anaknya terus gembira. Dia tak mempunyai perkataan untuk menjelaskan kepada mereka bahawa si ibunya telah tiada!

Lelaki yang menegurnya tadi sangat tersentuh. Terasa bersalah kerana menegur tadi. Perasan geram dan marahnya terhadap si anak-anak itu tadi, terus bertukar menjadi sayang, sayu dan kasihan.. "Kalau encik boleh tolong terangkan kepada anak-anak saya, silakan.. Saya memang tak tahu macamana nak bagitahu mereka..", akhiri Azwan.

...

Begitulah kisah yag sangat menyentuh perasaan itu. Lelaki tadi yang mulanya tersangat marah dengan kerenah si anak-anak kecik yang nakal, akhirnya bertukar menjadi sayang dan sayu - kerana dia tahu akan perkara yang sebenarnya. Tetapi bagaimana pula dengan penumpang lain, yang masih tidak tahu? Pastinya rasa marah itu masih berbuku di hati mereka. Itulah bezanya antara orang yang mengetahui, dan yang tidak mengetahui.

"Adakah sama orang-orang yang mengetahui dan orang-orang yang tidak mengetahui?" (Az-Zumar:9)


p/s; Kisah ini dikongsi oleh seorang penceramah di tapak pesta konvo UTM. Wallahu'alam.

Sumber di ambil disini.

Tuesday, June 14, 2011

~ Shuhada At-Takwa ~

"Showcase Amal Shuhada At-Takwa"
Tempat : Dataran Kemerdekaan, Shah Alam
Masa : 8.30 malam
Tarikh : 11 Jun 2011
* Masuk adalah percuma! =)


Showcase Amal ini diadakan untuk mengumpulkan derma bagi membantu rumah anak-anak yatim At-Takwa, batu 14 Hulu Langat yang telah ditimpa bencana tanah runtuh baru-baru ini. Lebih dari 50 orang artis nasyid Malaysia hadir memberi sokongan sempena Showcase Amal ini antaranya Hijjaz, Inteam, Unic, Devotees, Nowseeheart, Mirwana, Brothers, Raihan, Rabbani, Saujana, R-if, As-Saufee, Salaam, Al-Farabi band, Dendang Anak, The Wayfarers, dan beberapa individu perseorangan. Dikhabarkan kutipan yang berjaya dikumpul pada malam itu adalah
sebanyak lebih kurang 50K, ia juga termasuk sumbangan dari orang perseorangan dan
persatuan-persatuan. Alhamdulillah, semoga ia sedikit sebanyak dapat membantu anak-anak
yatim At-Takwa. InsyaAllah.


~ Teman Sejati ~


***
~ Kasih Sayang ~

***
~ Kasih Sejarak Dua Jari ~


s/c : mula2 ingatkan tak dapat pergi.. last minit tiba2 ayah ajak pergi..huhu.. seronoknyaaa.. ;)
s/c : s/c = surat cinta! hee.. ngade kan.. =p

Sunday, April 10, 2011

~ Selamat Hari Lahir ~

Assalamualaikum..hye there! macam mana hari ni?? sihat tak? heee..peramah terlebih pulak hari ni.. =p maklumlah besday baru je lepas, happy sikit la kan.. =)

okeh, entry kali ni nak cerita tentang 7 April, 8 April & 9 April.. haa, ade apa ngan tarikh2 tu? tak kan la sampai 3 hari sambut besday kan? ish3.. nak tau ape cerita dia, jom baca bawah ni..enjoy gambar2 sekali ye! ;)

*****
7 April 2011 (Khamis)

*Hari ni ialah hari lahir cik Shikin.. (cepat wish kat dia) hehee.. saya da tua la.. isk3..
Alhamdulillah masih lagi diberi peluang bernafas dan meneruskan kehidupan seperti biasa di muka bumi Allah ini.. =)

*My bestfriend belanja kek & makan2 kat Alamanda..yeay! ;) kitorang beli kek kat Secret Recipe pastu pegi makan kat Noodle Station. Abes makan tu jalan2 jap tengok kasut (tak beli pun) pastu sambung makan kek kat food court.. Kenyang sangat2 sebab makan non-stop.. huhu.. Thank you very2 much to my dearest friend Naima.. love u more laa.. =))) (dia balik kerja awal sebab nak belanja saya kek tau!) =)

*Terima kasih banyak2 kepada mereka2 yang memberi ucapan dan doa pada saya ye.. sangat2 menghargainya.. =)

~black forest cake for Naima~
~Tiramisu cake for me~
*sweet tak bestfriend saya ni? hee..
*pic kat noodle station tak sempat nak amik, da abes makan baru teringat nak amik gambar..huhu..
*beberapa jam kami keluar, dua pic tersebut je yang berjaya di ambil.. hehe..


*****
8 April 2011 (Jumaat)

*Hari ni ialah hari lahir cik Shuhada (adik).. korang da wish kat dia ke belum? kalau belum, sila berbuat demikian sekarang juga! huhu.. =p boleh wish kat dia di blog ni..

*Saya telah dikejutkan dengan kepulangannya dari Jengka.. senyap2 je balik, tau2 je da masuk bilik..(eh, macam pantun 2 kerat pulak kn?) huhu..

*Tak dapat nak kuar jalan2 sangat sebab dia balik pun tak lama, maybe lepas dia abes exam nanti la kot.. Apa2 pn, marilah sama2 mendoakan dia dapat menjawab final exam dengan baik dan lancar.. Amin~~ =)



p/s to my adik : buat betul2 final exam ni, i know u can do it.. da belajar for sure boleh buat yang terbaik kan.. semoga result kali ni DL hendaknya.. bau2 da ade tu.. huhu.. Chaiyok2!! (sweet x pesanan akak mu ini?)


*****
9 April 2011 (Sabtu)

*Hari ni should be tak ade besday sapa2 pun.. Cuma terdapat beberapa seprais.. hehe..
*Ktorang (Ibu, Ada & me) pegi tengok Alin kawad kaki, ade pertandingan peringkat daerah. Dabes tu ktorang suma pegi makan2 kat The Chicken Rice Shop. Dabes makan tu pegi beli barang sikit.. Pastu time da bayar suma tiba2 ibu stop kat satu kedai ni.. Rupa2nya ibu nak beli present untuk besday girl yang 2 orang ni.. heee.. suka sangat2.. ;) nak tau apa hadiah dia? cer tengok bawah ni.. *wink*

haaa...nampak tak? hehe..
~this is for me! thanks very much ibu.. Love u much & more~ =)

*sweet tak ibu kami? hehe..
*ni seprais yang pertama!


*Balik dari makan2 & shoping2 tu, malam tu dapat lagi satu seprais. Nak tau ape? cer tengok bawah ni lagi.. *nyum2*

~present dari cik Rysha for Ada..(nape name akak xde?) uhuk.~

~cute kan elmo nih? rasa dia pun sedap sangat tau..nak tempah untuk bertunang nanti boleh tak? (eh? apekah? berangan jap) =p~

~ni pun cute juga, cookies monster.. geram sangat, rasa nak simpan je kat dalam peti ais tu tak nak makan..huhu.. (sape punya sekarang ni? lebih2 pulak eh) =p ~

~full version..hee.. (nak jugak full version..) =p ~


*sweet tak bestfriend adik saya ni? hee.. (dari atas sampai bawah sume nak 'sweet' je aku ni) =p
*ok, lepas juga wat entry ni.. huhu..


Thanks a lot pada suma yang terlibat ye.. Sayanggg kamu semuaaa!!