Thursday, October 11, 2012

~ Wahai lelaki, berjanggutlah ~


Jika wanita mementingkan kecantikan dan keserian wajah, lelaki juga tidak terlepas daripada memikirkan perihal yang sama. Cuma menjadi perbezaan antara ‘kecantikan’ wanita dan lelaki adalah janggut. Janggut merupakan aset yang mampu menjadikan seorang lelaki itu kelihatan lebih ‘tulen’. Terdapat pelbagai kelebihan dan kebaikan sekiranya seorang lelaki itu memiliki dan memelihara janggutnya. Antara kelebihan berjanggut adalah :
· Menampakkan kelelakian
· Kelihatan lebih ‘macho’
· Lebih hensem dan berkarisma
· Nampak soleh
· Membezakan lelaki sejati dengan lelaki yang tidak berapa sejati
· Lebih diminati wanita
· Mempunyai manfaat kesihatan
· Mencontohi fizikal tokoh-tokoh pemimpin dahulu
Namun ianya bukanlah sesuatu yang penting dan perlu di ambil berat malahan seorang lelaki yang berjanggut itu tetap lebih baik kelihatan daripada lelaki yang tidak berjanggut. Utamakan niat anda untuk berjanggut semata-mata ingin mengamalkan sebahagian daripada sunnah yang ditinggalkan Baginda Rasulullah SAW. Bukan berjanggut kerana mengikut fesyen terkini atau sebagainya.
Antara kata-kata ataupun hadith Baginda Rasulullah SAW yang berkaitan janggut adalah seperti :
“Tipiskanlah misai kamu dan peliharalah janggut kamu.” (Hadith Riwayat Bukhari)
“Janganlah kamu menyerupai orang-orang Musyrikin dan peliharalah janggut kamu.” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
“Janganlah kamu meniru (menyerupai) orang-orang Majusi (penyembah berhala) kerana mereka itu memotong (mencukur) janggut mereka dan memanjangkan (memelihara) misai (kumis) mereka.” (Hadith Riwayat Muslim)
Hadith di atas menunjukkan bahawa bukan sahaja Baginda Rasulullah SAW menyuruh kita agar berjanggut, tetapi melarang kita dari menyerupai orang kafir iaitu dengan memelihara misai dan mencukur janggut mereka.
Niatkan memelihara janggut kerana sunnah Rasullullh SAW nescaya anda akan melihat kelebihan dan merasai kebaikan berjanggut. Walaupun pada pandangan anda atau orang lain ianya nampak tidak cantik namun di sisi Allah SWT ianya sudahpun kelihatan elok dan sempurna.
Wahai lelaki, berjanggutlah.

~ Rahsia Kejayaan seorang JUTAWAN ~


PRINSIP HIDUP TAN SRI SYED MOKHTAR ALBUKHARI 
(orang terkaya di malaysia)

1. Saya bekerja seperti tiada hari esok

2. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tapi tentulah ia memakan masa. TIADA JALAN SINGKAT. Saya melalui jalan yang susah, tapi itulah jalan yang kekal.

3. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya.

4. Untuk memajukan perniagaan, MEMANG KENA BAYAK SABAR DAN KUAT USAHA

5. Dalam hidup ini, sebenarnya kita TIDAK ADA STATUS, Ada masa diatas dan ada masa dibwah.

6. Saya tahu orang melayu kalau nak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang dan malam.
Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

7. Apa yang saya tak tahu saya belajar dan minta tolong orang lain. Saya tidak malu. Saya usaha sendiri.

8. Saya percaya perkara baik yang kita lakukan yang akan kekal.

9. Orang berniaga mana yang tak berhutang.

10. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah skit pun tak mengapa.

11. Kalau tak sanggup tunggu 34 tahun sperti saya  berilah sikit masa untuk faham selok belok perniagaan. Insyallah boleh maju.

13. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh, tapi kena cepat cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik.

14. Dengan sikap dan cara kita berfikir , gigih, tekun, dan tak putus asa merupakan kunci kejayaan kita.

15. Tuhan memberi peluang kepada sesiapa sahaja yang BEKERJA KUAT

16. Orang melayu sebnarnya kena bantu diri sendiri. Kena bekerja keras dan fokus!.

17. Alhamdulillah, lebih baik buat sikit, daripada tak buat langsung.

Sharing from my friend.

I've 2 change!!!!

Friday, July 13, 2012

~ Bukan Bidadari dari Syurga ~




Saya rindukan dia...
Dia yang berada entah di mana. 
Dia yang saya tak kenal siapa dan paras rupa yang bagaimana.
Tapi yang pasti dia yang akan membimbing saya ke syurgaNya.
Dia yang akan mendidik saya mengenai ilmuNya
Dia yang akan mengajar saya mengenaliNya
Dia yang akan bersama saya menempuh dugaan dariNya
Dia yang akan sentiasa merenung saya dengan renungan kasih sayang
Dia yang akan membuat saya rasa bahagia
Dia lah sahabat ketika saya inginkan teman berbicara dan ketawa
Dia lah guru ketika saya penuh persoalan diminda
Dia lah penasihat ketika saya bersedih dan putus asa
Dia lah Imam dalam setiap solat bersama keluarga
Dia lah yang akan menjadi ayah kepada anak anak saya
dan dia lah...
Bakal suami saya.
Saya rindukan dia...

Saya tak minta yang kaya berharta, cukuplah dapat menyara keluarga
Saya tak minta yang kacak bergaya, cukuplah yang sejuk dipandangan mata
Saya tak minta yang manis berkata kata, cukuplah andai mampu menepati janji dan setia
Kerana saya juga adalah insan yang biasa biasa sahaja. 
Bukan bidadari dari syurga.

Semoga Allah mempertemukan saya dan dia.
Jika bukan di dunia mungkin di akhirat sana.
Wallahu'alam.



Monday, July 2, 2012

~ Maharku Untukmu ~

alaahaiii sweetnya.. (after nikah ok!)
Assalamualaikum semua!! ;)
Lama sudah tak berblogging.. winduuu kamu en.blog! 

Saja singgah jap nak post lirik lagu kat sini. Sekarang ni tengah jatuh CINTA dengan lagu Maharku Untukmu. Jatuh cinta lepas tengok cerekarama TV3 yang bertajuk Maharku Untukmu juga. Pelakon dia Adi Putra, Nabila Huda, Norish Karman, Iqram Dinzley dan ramai lagi lah. Siapa yang belum tengok boleh la cari kat utube tak pun kat tonton ke kot2 ada. hee.. Ni lirik lagu dia, tapi kalau nak dengar kena pergi utube ye atau pun klik kat sini. Dengarkanlah...(ceh macam nak nyanyi je)

Maharku Untukmu - Alief

Inilah maharku untukmu
Seperti ini kumampu
Sepenuh hati kuberikan
Sebagai wujud cintaku

Maharku untukmu tulus kuserahkan
Kepada dirimu satu yang kupilih
Maharku untukmu agung karunia
Yang Allah berikan padaku untukmu

Terimalah sebaris doa
Semoga engkau bahagia
Dan kunyanyikan lagu ini
Persembahan cinta suci

Kalau dengar lagu ni dengan tengok cerita dia sekali conform nanges. Tak caya try lah. haha. Ok selamat menyanyi! ;)

Sunday, April 29, 2012

~ me bestfrench ~


*wordlessunday* ;)

Saturday, April 28, 2012

~ Never Judge Anyone without Knowing ~



A doctor entered the hospital in hurry after being called in for an urgent surgery.

He answered the call as soon as possible, changed his clothes & went directly to the surgery block.

He found the boy’s father pacing in the hall waiting for the doctor.

On seeing him, the dad yelled :
“why did you take all this time to come? Don’t you know that my son’s life is in danger??
Don’t you have any sense of responsibility??!!”

The doctor smiled & said : “I am sorry, I wasn’t in the hospital & I came as fast as I could after receiving the call.. And now, I wish you’d calm down so that I can do my work.”

“Calm down?! What if you son was in this room right now, would you calm down? If your own son dies now what will you do??” said the father angrily!!

The doctor smiled again & replied : “ I will say what said in the Holy Book Quran;
“From dust we came & to dust we return, Blessed be the name of God!!”

Doctors cannot prolong lives... Go and intercede for your son, we will do our best by God’s Grace!”

“Giving advises when we’re not concerned is so easy”
Murmured the father.

The surgery took some hours after which the doctor went out happy, “Thank Goodness!, your son is saved!” and without waiting for the father’s reply

He carried on his way running... “if you have any question, ask the nurse.”

“Why is he so arrogant? He couldn’t wait some minutes so that I ask about my son’s state” commented the father when seeing the nurse minutes after the doctor left..

The nurse answered, tears coming down her face:

“His son died yesterday in a road accident, he was in the burial when we called him for your son’s surgery. And now that he saved you son’s life, he left running to finish his son’s burial..” L

-         Moral : Never judge anyone.. because you never know how their life is, and what they’re going through!

Friday, April 27, 2012

~ I'm Back! ~

Assalamualaikum w.b.t.. (tak jawab dosa kalau jawab sayang!) *tiru Maria Elena* ;)

Setelah sekian lama, kini saya kembali lagi. Eceh, drama sangat. Haha.
Apa khabar anda semua di luar sana? Baik baik sahajakah?
Alhamdulillah kalau semuanya sihat. :) Pada yang kurang sihat tu banyakkan bersabar kerana anda sedang diuji Allah, dan kena ingat bahawa ujian itu adalah tanda Dia sayang pada kita. Betul kan?
Maka tersenyumlah saat anda diuji olehNya. :)

Just a short entry untuk pembukaan 2012 ni. ;)

Sunday, November 13, 2011

~ Too Late to Tell ~









Friday, November 11, 2011

~ 11.11.11 ~




just a date!


ramai yang pilih tarikh hari ni sebagai hari bersejarah mereka seperti hari pernikahan..
four of my friends will be married today, congratulations to all of you! They are Farina, Sharizan, Ekin and Aliaa.. =)




but for me, nothing special happened today..






maybe 12.12.12 will be mine?? who knows??




ha...ha....ha....haaaaa!






(^_________________^) *berangan je lebih*


s/c : just a date!

Wednesday, October 26, 2011