Assalamualaikum w.b.t.....
Blog yang dah lama ditinggalkan tak ber'update'. Bukan setakat sawang lagi dah, kalau ular masuk buat sarang ni dah beranak pinak dah agaknya. Erkk geli geleman pula bila bayangkan. Ok dah, hilangkan bayangan gurauan tu semua. Sekarang ni nak cerita pasal tajuk kat atas tu.
2014. Ada apa dengan 2014?
Banyak peristiwa bersejarah yang berlaku pada diri ini sepanjang tahun 2014. Antara peristiwa besar adalah saya dirisik, bertunang dan bernikah pada tahun 2014. Alhamdulillah saya bersyukur sangat sebab semuanya telah dipermudahkan oleh Allah swt. Saya bersyukur kerana dipertemukan dengan dia yang kini telah sah bergelar suami. :)
Terima kasih awak kerana memberi saya kenangan terindah untuk tahun 2014 ni. :)
Semoga tahun 2015 dilimpahi kenangan indah yang lain pula. In shaa Allah.
*I'm married!!* :') Alhamdulillah.
post yang telah diperam selama setahun. kbaii.
No comments:
Post a Comment