Wednesday, August 17, 2011

~ Tiramisu Biscotti ~

Entry kali ni nak cerita pasal makanan pulak.. Semalam lepas cari bahan2 yang diperlukan dan dengan kerajinan luar biasa saya telah merajinkan diri untuk membuat Tiramisu Biscotti ini.. hee.. Resipi ni dapat masa tengah jalan2 kat blog masak masak K.Nor.. =) Simple sangat2 nak buat die, dan rasanya sangat AWESOME! haha, terover pulak. =p lately nih saya sangat suka mencuba dessert2 macam ni, yang simple dan bahan2 pun senang nak dapat..dan yang paling penting tak perlu menggunakan oven/microwave. (sebab yang ada kat umah ni da rosak.. isk3) tak dapat nak buat biskut untuk raya ni.. Special thanks to my luvly adik (alin) sebab tolong pukulkan adunan untuk tiramisu ni.. Maceh2! ;)

ok lah, jom layan gambar2 dibawah! Kalau u all nak try rasa pun boleh je, sila2! he3.. ;)

.....

in da making... setelah siap dilayerkan dan sedia untuk dimasukkan ke dalam fridge..
tak sabar nak makan! ;)

ok da siap! da makan pun.. huu.. walaupun tak berapa nak cantik rupa die, tapi rasa die tak terkata! keh3.. =p nyum3!!

Ni resepi die..

Tiramisu Biscotti
resepi : K.E MyR
sumber : K. Nor

Bahan-bahan:
1 paket biskut lady finger @ biskut tiramisu
250g cream cheese
200ml whipping cream
1/2 cawan gula halus
1 sudu makan serbuk nescafe
1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
serbuk koko untuk hiasan

Cara-cara :
  1. Bancuhkan nescafe dengan 1 cawan air panas tadi
  2. Satukan gula, cheese dan cream.
  3. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu.
  4. Celup biskut ke dalam air nescafe sehingga basah @ lembut.
  5. Susun biskut tadi ke dalam mangkuk @ bekas.
  6. Sapukan adunan cream+cheese tadi atas biskut.
  7. Susun lagi biskut yang selebihnya sapukan nescafe dan baki cream cheese tadi.
  8. Kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar.
  9. Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya.


s/c1 : resepi ni first time buat, insyaALLAH akan buat lagi.. hee..
s/c2 : kawan2 pun silalah cuba dan kongsikan sama ye.. ;)
s/c3 : ok2, sila lap yang meleleh2 kat tepi mulut korang tu k! huhu..

2 comments:

FeezaAkashah said...

sedapnyerrrrr......... nak nak nak.....

nur ashikin said...

sila2, ade lg dlm fridge ni kak.. jemputlah rsa.. hehe..