Tuesday, August 2, 2011

~ Salam Ramadhan Al-Mubarak ~

*senyuman ikhlas untuk pembaca semua* =p

Assalamualaikum.. Salam Ramadhan Al-Mubarak to all my friends, followers and readers! =) Pejam celik pejam celik sekarang dah pun masuk minggu ketiga kita berpuasa.. (dan saya baru je nak post entry Salam Ramadhan ni?? lambat betul.. huu..) tak sangka cepat betul masa berlalu.. tapi rasanya belum terlambat lagi kan? sebab ada seminggu lebih lagi sebelum kita menyambut Hari Raya Aidilfitri.. hehe.. Seminggu lebih je lagi?? cepatnya..rasa sedih pulak sebab Ramadhan akan meninggalkan kita tak lama lagi.. sob3.. :( semoga kita sama2 mendapat keberkatan dan rahmat di bulan yang mulia ini.. Marilah sama2 berdoa agar di panjangkan umur dan di pertemukan lagi dengan Ramadhan akan datang.. InsyaALLAH..

Disini saya ingin berkongsi sedikit beberapa kelebihan bulan Ramadhan Al-Mubarak ni.. cekidaut! ;)

Antara kelebihan-kelebihan bulan Ramadhan yang umumnya diketahui :
  • Bulan keampunan yang penuh berkat untuk hamba-hambaNya yang tidak pernah lari dari kesilapan dan dosa.
  • Diturunkan satu malam yang istimewa iaitu Lailatul Qadar dimana malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Digandakan pahala amalan pada malam tersebut.
  • Diturunkan petunjuk bagi manusia iaitu Al-Quran pada bulan Ramadhan.Oleh itu kita digalakkan untuk memperbanyakkan serta menggandakan bacaan Al-Quran beserta maksudnya di bulan Ramadhan nanti.
  • Ditutup pintu neraka dan dibukakan seluasnya pintu syurga.
  • Syaitan tidak dapat menghasut manusia pada bulan Ramadhan.Namun jika masih ada kejahatan yang dilakukan ia berpunca dari nafsu diri sendiri.Mohonlah keampunan Ilahi di bulan Ramadhan yang mulia itu.
  • Kegembiraaan orang yang berpuasa dengan ikhlas ketika Ramadhan ialah bila tiba waktu berbuka puasa kerana dia dapat menghalang dirinya daripada melakukan kejahatan.

s/c : Selamat berpuasa! puasa, jangan tak puasa! ;)

2 comments:

FeezaAkashah said...

lambatnyer wish...dah nak raya dah dik oiii....

nur ashikin said...

huhu.. tu la kak, lma dah smpan entry ni kt draft.. lupa nk publish.. =p

Salam Ramadhan kak! =)