Menu kita kali ni ialah Cheese puding with oreo, atau dalam bahasa melayunya Puding Keju dengan Oreo.. hee.. Cheese puding ni pun first time juga buat (semuanya first time.. =p), mula2 buat kan biasalah ada yang terkurang dan terlebih sikit.. huu.. tapi apa2 pun rasa die sangat sedap ok! lemak2 berkrim gitu.. plus dengan rasa oreo yang memang sedap tu.. nyum2!! =) Seperti yang saya kata sebelum ni, saya suka resepi2 yang simple macam ni dan tidak memerlukan oven/microwave.. cuma menggunakan dapur masak dan juga fridge.. hee.. Resepi ni saya dapat masa jalan2 kat blog masak masak K.Ita.. =) banyak lagi resepi sedap2 kat situ, jemputlah jalan2 di sana ye.. =)
jom tengok pic bawah ni dan juga resepi dia!~ ;)
.....
hasilnya! atas tu saja taburkan serbuk oreo untuk hiasan tambahan.. =p
pic lepas di potong tak sempat nak amik, dah abes di makan pun.. huu..
yang ni buat dalam bekas kecik2, setelah di potong dalam die nampak macam tu lah.. =)
Cheese puding with Oreo
Resepi diadaptasi dari resepi Cheese Puding
Resepi : Along Roz
Sumber : K.Ita
Bahan-bahan :
13g Serbuk Agar-agar
1 Liter Air
120g Gula
3 biji Telur
120-150g Biskut Cheese (blend halus)
1 sudu besar Tepung Kastard
400ml Susu Cair
200g Susu pekat
50g Mentega
Sedikit Oreo di buang creamnya
Cara-cara :
Adunan 1 -
- Masak serbuk agar-agar dengan air sehingga hancur. Kacau selalu.
- Masukkan gula & kacau sehingga sebati.
Adunan 2 -
- Pukul telur sehingga rata dan campurkan biskut dan tepung kastard.
- Masukkan susu dan kacau sebati.
- Tuangkan ke dalam adunan 1 tadi dan tutup api apabila mendidih.
- Masukkan mentega sehingga sebati.
Tuang ke dalam loyang/acuan. Layerkan dengan biskut oreo. Susun biskut dalam loyang dan buat selapis demi selapis. Kemudian biarkan sejuk di suhu bilik.
Sejukkan sebelum di hidangkan.
*tips - telur, biskut cheese, susu cair, susu pekat dan tepung kastard (blend semua sekali) kemudian tuang dalam adunan 1, sentiasa kacau hingga mendidih. Padamkan api dan biarkan sejuk sebentar dan baru dituang dalam acuan.
s/c : maaf kerana presentation kurang memuaskan.. takde bekas2 yang comel.. huu..
Selamat Mencuba! =)
2 comments:
sedapnye....... nak y ni juga.... nak rasa....
nnt sy buat lg sy bg akak rsa ae.. =) klau x sdp jgn mrh tau.. hee..
Post a Comment