Sunday, November 4, 2012

~ Legoland ~

Hello everyone!! Salam dari Legoland, Malaysia. *eceh* 

Sila jangan percaya. Lalu kat depan entrance Legoland tu pun aku tak pernah lagi. Alah tempat baru lagi, wat apa nak pergi awal awal ye tak? Tunggulah dah setahun dua baru lah kita serbu. haha. *ayat orang tak tau bila dapat pergi* Lagi pun orang cakap tempat tempat baru ni kena pergi setahun selepas penubuhan dia, lagi2 theme park. At least lepas setahun tu permainan kat dalam tu semua dah dicuba berulang kali and takde lah nak risau sangat tentang keupayaan dia kan. *apalah yang aku merepekkan ni* -.-' Cerita sebenarnya ialah tunggu tiket dia turun harga dulu baru aku pergi. haha. *kedekut* ;D

"Tiba tiba tulis entry Legoland, dah lah tak pernah pergi. Kalau dah pergi takpe lah juga nak tulis entry bagai. Ntah apa apa je Shikin ni." Mesti korang cakap camtu dalam hati kan? kan? haha. Actually aku tiba tiba terasa nak tulis entry Legoland ni sebab semalam masa beli air Volcano Milk Tea kat Cool Blog *promote sikit*, penutup bekas air tu gambar Legoland. Sikit pun takde tulis cool blog. Then aku ambil gambar and post kat Instagram, letak caption "Hello Legoland! Nice to meet you." Makanya ramai juga yang percaya aku pergi sana. ngeeehehe. Thanks cool blog kerana merealisasikan 'impian' saya! haha. Ok lah, just for fun. hee.

Tadi aku dengan kerajinan yang luar biasanya telah meng'google' gambar gambar Legoland yang ada kat dunia ni. As a result aku jumpa 6 tempat yang ada Legoland. Aku jumpa 6 je, tak tau la kot ada lagi kat tempat lain ke kan. Let's see kat mana yang ada : 



Tu dia hasil google yang aku buat sebentar tadi. Main entrance je lah dapat. Kalau korang nak tengok isi dalam Legoland ni, do google sendiri ye. hehe. 

Ok, kesimpulannya di sini ialah aku memang tak pernah lagi pergi tempat ni. But teringin juga nak pergi. Ada siapa siapa yang nak bawa saya pergi sini tak? *buatmukacomel* hahaharapan je lah. ;D Sebelum kesimpulan aku jadi lebih tersimpul rapi, better I stop kat sini. And pada anda anda di luar sana yang dah pernah pergi, kongsi  kongsi lah cerita-pengalaman-gambar di sana ye. Sharing is caring kan. ;)

Ok tata!

nota comel : kalau nak feeling Legoland, belilah Cool Blog! *sponsored by Cool Blog*. kbai!

No comments: