Monday, November 12, 2012

~ 10-11-12 ~


Tahniah & Selamat Pengantin baru Siti! Semoga ikatan yang dibina kekal hingga ke akhir hayat. InsyaAllah, Aamiin.
She's my kindegarden-mate, dulu pergi balik tadika sesama. Kitorang tadika kat Taski Abim, Sg. Sekamat Kajang. Lepas balik tadika dia mesti datang rumah opah aku untuk main. Hisap botol susu (tapi aku minum milo dalam botol) sesama. hehe. Rasa comel pula hisap botol time pakai baju tadika. Baju hijau cair kain hijau pekat. Arrrggghh rindu pula zaman tadika tu, zaman tak perlu nak fikir apa apa. *eheh nak cerita pasal orang nikah ke pasal kau time tadika nih?* ;D

Tapi, itulah kami. Dia kawan saya dari tadika. Masuk sekolah rendah still sama lagi, tapi tak serapat time tadika. Bila naik sekolah menengah lagi la tak rapat, even satu sekolah. Walaupun begitu, kami still keep in touch. Lagipun rumah dia dekat sangat dengan rumah opah aku. Bila balik rumah opah tu jumpa juga. :)

And now my bff ni dah selamat dinikahkan. Cerita cinta mereka sangat menarik. :) I wish my love story could be wonderful like her. I wish...

She's belongs to someone else now! Rasa nak menangis je sekarang... *wiped_tears* tangisan dalam kegembiraan sebenarnya. hee. 

Me & Her. :')
Me, Her &  Anas. Kami bertiga bersama masa sekolah rendah. :')
Sebelum akad nikah dilafazkan. 
Alhamdulillah, dia sah menjadi isteri orang dengan sekali lafaz. 

p/s : doa2kan lah jodoh aku pula ye. Kawan2 makin ramai yang dah nikah ni, mana boleh jadi. huu.

Thursday, November 8, 2012

~ Ku Ada Mu ~


Merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniakan di dunia

Kau berikan ku kekuatan
Tuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan

Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu

Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu

Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu

Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu

ku merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan

by : Najwa Latif

Wednesday, November 7, 2012

Sunday, November 4, 2012

~ Legoland ~

Hello everyone!! Salam dari Legoland, Malaysia. *eceh* 

Sila jangan percaya. Lalu kat depan entrance Legoland tu pun aku tak pernah lagi. Alah tempat baru lagi, wat apa nak pergi awal awal ye tak? Tunggulah dah setahun dua baru lah kita serbu. haha. *ayat orang tak tau bila dapat pergi* Lagi pun orang cakap tempat tempat baru ni kena pergi setahun selepas penubuhan dia, lagi2 theme park. At least lepas setahun tu permainan kat dalam tu semua dah dicuba berulang kali and takde lah nak risau sangat tentang keupayaan dia kan. *apalah yang aku merepekkan ni* -.-' Cerita sebenarnya ialah tunggu tiket dia turun harga dulu baru aku pergi. haha. *kedekut* ;D

"Tiba tiba tulis entry Legoland, dah lah tak pernah pergi. Kalau dah pergi takpe lah juga nak tulis entry bagai. Ntah apa apa je Shikin ni." Mesti korang cakap camtu dalam hati kan? kan? haha. Actually aku tiba tiba terasa nak tulis entry Legoland ni sebab semalam masa beli air Volcano Milk Tea kat Cool Blog *promote sikit*, penutup bekas air tu gambar Legoland. Sikit pun takde tulis cool blog. Then aku ambil gambar and post kat Instagram, letak caption "Hello Legoland! Nice to meet you." Makanya ramai juga yang percaya aku pergi sana. ngeeehehe. Thanks cool blog kerana merealisasikan 'impian' saya! haha. Ok lah, just for fun. hee.

Tadi aku dengan kerajinan yang luar biasanya telah meng'google' gambar gambar Legoland yang ada kat dunia ni. As a result aku jumpa 6 tempat yang ada Legoland. Aku jumpa 6 je, tak tau la kot ada lagi kat tempat lain ke kan. Let's see kat mana yang ada : 



Tu dia hasil google yang aku buat sebentar tadi. Main entrance je lah dapat. Kalau korang nak tengok isi dalam Legoland ni, do google sendiri ye. hehe. 

Ok, kesimpulannya di sini ialah aku memang tak pernah lagi pergi tempat ni. But teringin juga nak pergi. Ada siapa siapa yang nak bawa saya pergi sini tak? *buatmukacomel* hahaharapan je lah. ;D Sebelum kesimpulan aku jadi lebih tersimpul rapi, better I stop kat sini. And pada anda anda di luar sana yang dah pernah pergi, kongsi  kongsi lah cerita-pengalaman-gambar di sana ye. Sharing is caring kan. ;)

Ok tata!

nota comel : kalau nak feeling Legoland, belilah Cool Blog! *sponsored by Cool Blog*. kbai!