Friday, September 4, 2009

~ Wanita Idaman Lelaki ~

(gambar sekadar hiasan)
WANITA IDAMAN

Semoga dapat dijadikan panduan kepada kaum wanita dalam membentuk diri menjadi muslimah sejati. jua buat panduan kaum lelaki dalam mencari muslimah sejati untuk teman dunia dan akhirat, dan jua buat diriku dalam membaiki diri menjadi WANITA IDAMAN.. InsyaALLAH.. sama-samalah kita membentuk diri dalam menjadi hamaba Nya yang berTAQWA….

" WANITA IDAMAN "

Wanita idaman lelaki ialah ,
yang hatinya disalut taqwa kepada Allah,
yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam ,
yang sentiasa haus dengan ilmu ,
yang sentiasa dahaga akan pahala ,
yang solatnya maruah dirinya ,
yang tidak pernah takut untuk berkata benar ,
yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu ,
yang sentiasa bersama kumpulan orang orang berjuang di jalan Allah .
Wanita idaman lelaki ialah ,
yang menjaga tutur katanya ,
yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya ,
yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang ,
yang mempunyai ramai kawan ,
dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang .
Wanita idaman lelaki ialah ,
wanita yang menghormati ibunya ,
yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tuanya dan keluarga ,
yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga ,
yang akan mendidik suami dan anak-anak mendalami islam ,
yang mengamalkan hidup penuh sederhana ,
kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat .
Wanita idaman lelaki ialah ,
yang sentiasa bersedia untuk menjadi insan ,
yang hidup dibawah naungan al quran dan mencontohi sahabiyyat ,
yang boleh diajak berbincang dan berbicara ,
yang menjaga matanya dari berbelanja ,
yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya .
Wanita idaman lelaki ialah ,
tidak pernah membazirkan masa,
matanya kepenatan kerana penat membaca ,
suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir ,
tidurnya lena dengan cahaya keimanan ,
bangunnya subuh penuh kecergasan ,
kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan ,
Wanita idaman lelaki ialah ,
yang sentiasa mengingati mati ,
yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat ,
yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga ,
agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik ,
meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian .
Wanita idaman lelaki ialah ,
yang tidak terpesona dengan buaian dunia ,
kerana dia mengimpikan syurga ,
di situlah rumah idamannya ,
dialah WANITA IDAMAN LELAKI .

" Jika ada lagi WANITA sebegini..alhamdulillah….alangkah bertuah sesiapa yg dapat memiliki hatinya.. "

5 comments:

TerubukMasin said...

itulh ciri2 wanita idaman gua..
tlg carikn..:p

nur ashikin said...

alhamdulillah... =)

nk sy cri kn? tnggu la sy jmpe "lelaki idaman wanita" dlu ye.. hehehe...

Anonymous said...

lawa pic awk tue..hehhehe..lupe lak..sy still pki no same..dh wat sim bru dh..nnt awk miskol k....

nur ashikin said...

lawa kn? sy pn kagum dgn gmbr sy tu... huhuhu.. =p
owh still no sme ek, insyaALLAH nnt sy miskol.. jge elk2 hp tu ye.. jgn bg pluang kt pencuri tu lg tau.. =)

Faizalpj said...

terjah blog nie