Saturday, November 28, 2009

~ Kajian Mengenai Bulan Kelahiran dan Sikap Anda # 2 ~ (Finale)

Julai
  • Sangat suka didamping.
  • Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
  • Agak pendiam kecuali dirangsang.
  • Ada harga dan maruah diri.
  • Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
  • Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
  • Sangat menjaga hati orang lain.
  • Sangat peramah.
  • Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
  • Berjiwa sentimental.
  • Jarang berdendam.
  • Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
  • Tidak suka benda remeh-temeh.
  • Membimbing cara fizikal dan mental.
  • Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi.
  • Layanan yang serupa terhadap semua orang.
  • Tinggi daya simpati.
  • Pemerhatian yang tajam.
  • Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
  • Mudah dan rajin belajar.
  • Suka muhasabah diri.
  • Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
  • Suka mendiamkan diri.
  • Suka duduk di rumah.
  • Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
  • Tidak agresif kecuali terpaksa.
  • Lemah dari segi kesihatan perut.
  • Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
  • Minta disayangi.
  • Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
  • Terlalu mengambil berat.
  • Rajin dalam membuat kerja.

Ogos

  • Suka berlawak.
  • Mudah tertawan padanya.
  • Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
  • Berani dan tidak tahu takut.
  • Orangnyan agak tegas dan bersikap kepimpinan.
  • Pandai memujuk orang lain.
  • Terlalu pemurah dan bersikap ego.
  • Nilai harga diri yang sangat tinggi.
  • Dahagakan pujian.
  • Semangat juang yang luar biasa.
  • Cepat marah apabila cakapnya dilawan.
  • Sangat cemburu.
  • Daya pemerhatian yang tajam dan teliti.
  • Cepat berfikir dan fikiran yang berdikari.
  • Suka memimpin dan dipimpin.
  • Sifat suka berangan.
  • Berbakat dalam seni lukis, hiburan dan silat.
  • Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
  • Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
  • Belajar untuk bertenang.
  • Sikap kelam kabut.
  • Romantik, pengasih dan penyayang.
  • Suka mencari kawan.

September

  • Sangat bersopan santun dan bertolak ansur.
  • Sangat cermat, teliti dan teratur.
  • Suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik.
  • Pendiam tapi pandai bercakap.
  • Sikap sanagat cool, sangat baik dan mudah simpati.
  • Sangat perihatin dan terperinci, amanah, setia dan jujur.
  • Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
  • Sangat sensitif yang tidak diketahui.
  • Seorang yang banyak berfikir.
  • Otak bijak dan mudah belajar.
  • Suka mencari maklumat.
  • Kawal diri dari terlalu mengkritik.
  • Pandai mendorong diri sendiri.
  • Mudah memahami orang lain dan menyimpan rahsia.
  • Suka sukan, hiburan dan melancong.
  • Kurang menunjukkan perasaannya.
  • Terluka hatinya sangat lama disimpan.
  • Terlalu memilih pasangan.
  • Sukakan benda yang luas.
  • Bersistematik.

Oktober

  • Suka berbual.
  • Suka orang yang sayang padanya.
  • Suka ambil jalan tengah.
  • Sangat menawan dan sopan santun.
  • Kecantikan luar dan dalam.
  • Tidak pandai berbohong dan berpura-pura.
  • Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
  • Sentiasa berkawan.
  • Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
  • Cepat marah.
  • Macam pentingkan diri sendiri.
  • Tidak menolong orang kecuali diminta.
  • Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
  • Tidak suka terima pandangan orang lain.
  • Emosi yang mudah terusik.
  • Suka berangan dan pandai bercakap.
  • Emosi yang kelam kabut.
  • Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
  • Suka melancong, bidang sastera dan seni.
  • Pengasih, penyayang dan lemah lembut.
  • Romantik dalam percintaan.
  • Mudah terusik hati dan cemburu.
  • Ambil berat tentang orang lain.
  • Suka kegiatan luar.
  • Seorang yang adil.
  • Boros dan mudah dipengaruhi persekitaran.
  • Mudah patah semangat.

November

  • Banyak idea dalam perkara.
  • Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
  • Berfikiran kehadapan, unik dan bijak.
  • Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
  • Pemikiran yang tajam.
  • Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
  • Sesuai jadi seorang doktor.
  • Cermat dan teliti.
  • Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
  • Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
  • Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
  • Terlalu degil dan keras hati.
  • Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
  • Tak suka marah kecuali digugat.
  • Mudah ambil berat terhadap orang lain.
  • Pandai muhasabah diri.
  • Cara berfikir yang lain dari orang lain.
  • Otak yang sangat tajam.
  • Pandai mendorong diri sendiri.
  • Tidak hargai pujian.
  • Kekuatan semangat dan daya juang yang tinggi apabila berkehendak sesuatu.
  • Badan yang sasa.
  • Kasih sayang dan emosi yang mendalam.
  • Romantik.
  • Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
  • Suka duduk di rumah.
  • Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
  • Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
  • Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
  • Bercita-cita tinggi.
  • Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah.

Disember

  • Sangat setia dan pemurah.
  • Bersifat patriotik.
  • Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
  • Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
  • Bercita-cita tinggi.
  • Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
  • Seronok bila didampingi.
  • Suka bercampur dengan orang.
  • Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
  • Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
  • Tidak pandai berpura-pura.
  • Cepat marah.
  • Perangai yang mudah berubah-ubah.
  • Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
  • Benci pada kongkongan.
  • Suka berlawak.
  • Berfikiran logik.

Tuesday, November 24, 2009

~ Kajian Mengenai Bulan Kelahiran dan Sikap Anda # 1 ~

JANUARI

  • Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan di didik.
  • Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
  • Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
  • Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
  • Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
  • Pandai mengambil hati orang lain.
  • Pendiam kecuali telah dirangsang.
  • Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
  • Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
  • Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
  • Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
  • Cukup sayang pada kanak-kanak.
  • Suka duduk di rumah.
  • Setia pada segala-galanya.
  • Perlu belajar kemahiran bersosial.
  • Sifat cemburu yang sangat tinggi.

FEBRUARI

  • Berfikiran abstrak.
  • Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
  • Bijak dan pintar.
  • Berpewatakan yang mudah berubah.
  • Mudah menawan orang lain.
  • Agak pendiam, pemalu dan rendah diri.
  • Jujur dan setia pada segalanya.
  • Keras hati untuk mencapai matlamat.
  • Tidak suka dikongkong dan mudah memberontak apabila dikongkong.
  • Suka kegiatan yang lasak
  • Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
  • Mudah mempamerkan marahnya.
  • Tidak suka benda yang remeh-temeh.
  • Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
  • Sangat berani.
  • Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
  • Pemerhatian yang tajam.
  • Suka hiburan, benda yang bersifat seni dan sukan.
  • Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
  • Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
  • Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
  • Belajar untuk mempamerkan emosi.

Mac

  • Berpesonaliti menarik dan menawan.
  • Mudah didampingi.
  • Sangat pemalu dan pemendam rasa.
  • Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
  • Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
  • Suka pada kedamaian.
  • Sangat peka pada orang lain.
  • Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
  • Tidak cepat marah dan sangat amanah.
  • Tahu membalas dan mengenang budi.
  • Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
  • Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
  • Suka berangan-angan.
  • Suka melancong.
  • Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
  • Kelam kabut dalam memilih pasangan.
  • Suka dengan hiasan rumahtangga.
  • Punya bakat seni dalam bidang muzik.
  • Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
  • Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan.

April

  • Sangat aktif dan dinamik
  • Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
  • Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
  • Punya daya mental yang sangat kuat.
  • Suka diberi perhatian.
  • Sangat diplomatik (pandai memujuk)
  • Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
  • Sangat berani dan tiada perasaan takut.
  • Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
  • Emosi cepat terusik.
  • Cuba kawal perasaan.
  • Kecenderungan bersifat pendendam.
  • Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
  • Kuat daya ingatan.
  • Gerak hati yang sangat kuat.
  • Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
  • Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
  • Sangat cemburu dan terlalu cemburu.

Mei

  • Keras hati dan tegas.
  • Kuat semangat dan bermotivasi tinggi.
  • Pemikiran yang tajam.
  • Mudah marah apabila tidak dikawal.
  • Pandai menarik hati dan perhatian orang lain.
  • Perasaan yang amat mendalam.
  • Cantik dari segi mental dan fizikal.
  • Tidak perlu dimotivasikan.
  • Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
  • Mudah dipujuk.
  • Bersikap sistematik (otak kiri)
  • Suka berangan dan agak boros.
  • Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
  • Bahagian telinga dan leher mudah diserang penyakit.
  • Daya khayalan yang tinggi.
  • Pemikiran yang tajam.
  • Pandai berdebat.
  • Fizikal yang baik.
  • Kelemahan sistem pernafasan.
  • Suka sastera, seni dan muzik serta melancong.
  • Tidak berapa suka duduk di rumah.
  • Tidak boleh duduk diam.
  • Tidak punya ramai anak.
  • Rajin dan bersemangat tinggi.

Jun

  • Berfikiran jauh dan berwawasan.
  • Mudah ditawan kerana sikap baik.
  • Berperangai lemah lembut.
  • Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
  • Idea yang terlalu banyak di kepala.
  • Bersikap sensitif.
  • Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir)
  • Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
  • Bersikap suka menangguh-nangguh.
  • Bersikap terlalu memilih dan mahukan yang terbaik.
  • Cepat marah dan cepat sejuk.
  • Suka bercakap dan berdebat.
  • Suka buat lawak dan bergurau.
  • Otaknya cerdas berangan-angan.
  • Mudah berkawan dan pandai berkawan.
  • Seorang yang sangat tertib.
  • Pandai mempamerkan sikap.
  • Mudah kena selsema dan kecil hati.
  • Cepat rasa bosan.
  • Sikap terlalu memilih dan cerewet.
  • Kurang mempamerkan perasaan.
  • Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
  • Suka pada barang yang berjenama dan berkemas.
  • Mudah menjadi eksekutif.
  • Kedegilan yang tidak terkawal.
  • Sesiapa yang memuji dianggap musuh, siapa yang menegur dianggap kawan.

Sunday, November 22, 2009

~ Wonderful Tonight by Eric Clapton ~

It's late in the evening;
she's wondering what clothes to wear.
She puts on her make-up
and brushes her long blonde hair.
And then she asks me, "Do I look all right?"
And I say, "Yes, you look wonderful tonight."

We go to a party and everyone turns to see
This beautiful lady that's walking around with me.
And then she asks me, "Do you feel all right?"
And I say, "Yes, I feel wonderful tonight."

I feel wonderful because I see
The love light in your eyes.
And the wonder of it all
Is that you just don't realize how much I love you.
It's time to go home now
and I've got an aching head,
So I give her the car keys
and she helps me to bed.
And then I tell her,
as I turn out the light,
I say, "My darling, you were wonderful tonight.
Oh my darling, you were wonderful tonight."

i loved this song.. =) hope all of you will enjoy the video and also the lyric.. hehe..

let's sing together...~~lalalalala...lalalala...~~ =p

Thursday, November 19, 2009

~ Alhamdulillah... ~

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah ke hadrat Illahi di atas kejayaan dan kecemerlangan adik ku tersayang.. =) Alhamdulillah my beloved lil sis berjaya di dalam peperiksaan UPSR dan PSRA baru2 ini.. Keputusan yang di perolehi ialah Mumtaz untuk PSRA dan 5A untuk UPSR.. I'm proud with you and congratulations.. =) Berita masih panas nih, sebab dia baru je dapat keputusan UPSR pagi tadi.. hehehe.. up to date betul blog nih..(puji diri sendiri) =p
So, kami sekeluarga bercadang untuk menghantar Alin ke sekolah berasrama penuh.. Kenalah belajar berdikari ye adikku.. huhuhu.. =p
Hmm... i'm too excited dan sekarang tengah fikir2 nak bagi present apa kat dia ni.. erm, any suggestions?

Tuesday, November 17, 2009

~ HLOVATE ~

Untuk entry kali ni, saya ingin berkongsi 2 buah novel kegemaran (Rooftop Rant dan aA + bB) dengan pembaca semua.. =)
Kedua2 novel ni di tulis oleh HLOVATE dan saya memberikan 5 bintang.. Jalan cerita dan penggunaan ayat yang sangat simple dan mudah di fahami.. Actually, HLOVATE ada menghasilkan 3 lagi novel yang bertajuk [tunas], Gurindam Jiwa dan 5 tahun 5 bulan, tapi saya belum berkesempatan untuk membeli novel2 tersebut.. Siapa2 yang dah baca tu, sila2 beri komen dan pendapat anda di sini ye.. Mekacih.. hehe.. =)
Di bawah terdapat sedikit sinopsis mengenai novel tersebut.. Selamat membaca.. =)
aA + bB
cinta itu, jatuh dari langit atau jatuh dari hati? ~ Addin
Inilah... sebuah kisah perjalanan;
perjalanan bersama masa;
perjalanan cerita aA + bB.
Semua orang belajar, semua orang membesar;
tetapi tidak semua orang menjadi dewasa.
Selagi hidup bersama masa, maka selagi itu juga yang hidup itu dewasa bersama usia.
Addin mengemukakan teorinya begini:
  • a. membesar dan belajar dengan pengetahuan serta pengalaman adalah suatu cabaran
  • b. membesar dan belajar tentang hidup serta mengenal diri sendiri adalah suatu hakikat yang tidak dapat dielak
7 tahun selepas itu...
Apa yang terjadi apabila doktor dipaksa berkahwin dengan jurutera,
yang bukan pilihan hatinya?
Apa yang terjadi kalau sang kepala batu dan sang keras kepala itu harus tinggal sebumbung?
Cerita 'cinta' antara Addin dan Benz, tidak semudah A + B = Aman Bahagia.
Ini kerana sejarah mereka bermula lebih awal dari itu.
Mereka pernah saling membenci, saling mendendam dan saling membisu sejak zaman sekolah...
Siapa aku pada dia? A pal? A room-mate? A brother? Never a husband? ~ Benz
Rooftop Rant
There're times when strangers are like family, and family are like strangers.
lontarkan
...kalau tidak ia meracun
kongsikan
...walau hanya pada awan-awan

Mereka berbicara di atas bumbung
Episod hidup memang berbeza, tapi cerita mereka masih selari!

Allah takkan bebankan hamba-Nya dengan apa yang dia tak mampu!

Hidup tak selalunya lawa
tak selalunya ada pelangi
Kalau nak kata a bed of roses pun, duri-durinya tetap ada
kadang-kadang... bilamana 'malapetaka' tu datang,
terasa macam kena gelek ke bumi dek ahli sumo
rasa macam dah tak mampu bangkit
rasa macam dah tak mampu hela nafas

dengarkan HLOVATE berbicara:
tentang hikayat Rooftop Rant dari puncak Wisma Topaz ini...
tentang Trisy dan Jade...

tentang bukit yang sayup di depan
tentang angin yang membawa salam di belakang
tentang lang sewah yang berlegar melayah di atas
tentang deretan kenderaan yang bersesak-sesak di bawah

dan mereka terus bercerita..
sesudah berani meruntuhkan tembok hati dan dinding rasa

mampukah dibeli tangga-tangga untuk mencapai cita-cita?

"...ini cerita sebuah bicara
bicara bumbung namanya..."
Life breaks us all, but in the end,
we are stronger in the broken places bak kata Hemingway.

Monday, November 16, 2009

~ Classmate...OCB 44C ~

Assalamualaikum semua...(tak jawab dosa) hehehe... hmm hari ni baru ada kesempatan nak upload gambar rakan2 sekelas setelah dekat setahun kami bersama.. =) gambar2 ni semua di ambil semasa bulan Ramadhan = sebelum Syawal.. =p Jangan terkejut bila tengok gambar ni sebab ada 4 orang je jejaka di antara kami semua.. hmm nak buat macam mana kan.. Ape2 pun, korang semua memang best.. =)

Sekarang dah start cuti sem, so, kawan2 semua kita jumpa lagi sem depan ye.. hope we can work together as a 'one team' again.. Enjoy the pics.. ;)

hehe... ;)

huhu... ;)

lalala... ;)

love... ;)

where am i?
bermaaf2an... =)

here we are... =)

ceria... ;)

;)

~ The Essence of Relationship ~


Little girl and her father were crossing a bridge.

The father was kind of scared so he asked his little daughter,

'Sweetheart, please hold my hand so that you don't fall into the river.'

The little girl said,

'No, Dad. You hold my hand.'

'What's the difference?' Asked the puzzled father.

'There's a big difference,' replied the little girl.

'If I hold your hand and something happens to me, chances are that I may let your hand go.But if you hold my hand, I know for sure that no matter what happens, you will never let my hand go.'

In any relationship, the essence of trust is not in its bind, but in its bond.

So hold the hand of the person who loves you rather than expecting them to hold yours...

Sunday, November 8, 2009

~ Antara Orang Yang Mendapat Doa Malaikat ~


1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
  • Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
  • Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia."

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
  • Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
  • Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."

5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
  • Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
  • Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
  • Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.
    "Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?"
    Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
  • Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).
  • Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...'"


10. Orang yang sedang makan sahur.

  • Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

  • Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."

Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Semoga kita termasuk dan tersenarai di dalam golongan di atas. InsyaALLAH..

Saturday, November 7, 2009

~ i am not your friend if... ~

(gambar sekadar hiasan)


I AM NOT YOUR FRIEND IF.....
you have to think before you speak to me!

I AM NOT YOUR FRIEND IF.....
my presence ever makes you feel uncomfortable!

I AM NOT YOUR FRIEND IF.....
you have to thank me for everything i do for you!

I AM NOT YOUR FRIEND IF.....
you have to say sorry for everything that you don't do!

I AM NOT YOUR FRIEND IF.....
you have to ask me for favors!

I AM NOT YOUR FRIEND IF.....
you think i would not be curious to know your new philosophy of life!

I AM NOT YOUR FRIEND IF.....
you go by what i say and do not understand what i don't say!

I AM NOT YOUR FRIEND IF.....
you think that listening to your dreams would put me to sleep!

I AM NOT YOUR FRIEND IF.....
you think that seeing you in pain, would not bring a tear to me!

I AM NOT YOUR FRIEND IF.....
you think I do not remember the first time we met!

I AM NOT YOUR FRIEND IF.....
you don't see the thousand ways I try to make you happy!

I AM NOT YOUR FRIEND IF.....
you don't realise how your smile brightens up my day!

I AM NOT YOUR FRIEND IF.....
you would rather keep quiet when you really wanna talk!

I AM NOT YOUR FRIEND IF.....
you hesitate to ask me to stay back when you think we should be together!

I AM NOT YOUR FRIEND IF.....
you take too much time to tell me what i mean to you!
Am I Your FRIEND ????

Thursday, November 5, 2009

~ SABAH ~

Gambar di Majlis Kenduri doa selamat kat umah dan KLIA..

Mohamad Huzaifah Hamizi Mohamad Khairi
sedara mara semua dah nak balik

razi & ramadan (bestfren abang)

shima, ada & kak fifie

abang, shima, alin & ada

cousins & aunties

opah

nana & nadia (cousins)

menjamu selera

alin dan makanannye.. huhu..

kak fifie (bakal kak ipar) & ekin =)

mak long, busu & anak2nya

aunty izma, ada, ateh & huzir

kat KLIA

kt KLIA lg..

sebelum banjir

mak cik & anak buah

shima, along, alin & bo yie

bo yie, ekin, abang & kak fifie

selepas banjir & sebelum check in

kenapa entry ni bertajuk SABAH ye? Ade ape dengan SABAH? Ape yang ade di sana? Siapa yang ingin ke sana? hehehe.. suspend je kn? erk, tak suspend ke? ape2 je la... =p

ok la, let's go straight to the point.. erm sebenarnya my bro yang akan berhijrah ke sana.. Die dapat kerja kat Hospital Queen Elizabeth,Tawau sebagai Pegawai Sains.. hmm nape la jauh sangat kn? tak best betul.. Beliau baru sahaja berangkat ke sana pada pagi ahad bersamaan dengan 1 November 2009 yang lalu.. cewahh(ayat x blh blah..) =p
so, conclusion nye ialah destinasi percutian bagi keluarga Hj. Noradzmi dan Hjh. Norhaidah selepas ini ialah 'Sabah'.. yeay!! ahaks.. ada hikmah juga di sebalik penghijrahan abang aku tu ek.. bgus2, cadangan yang sungguh bernas shikin.. hehehe...

jadi sebelum beliau berhijrah tu, kami sekeluarga ada la buat sedikit kenduri doa selamat. Sekadar kenduri kecil2an dan tetamu yang hadir pun hanyalah saudara mara terdekat sahaja.. Segalanya berlaku begitu pantas dan tangkas, eh terlebih pulak.. erm dalam seminggu terakhir tu segalanya perlu diselesaikan, sebab tu tak sempat nak prepare lebih2.. tapi ustaz saya cakap, buat yang perlu je lebih afdal.. =) (korang faham tak ape yang t'tulis kat atas tu? hmm wat2 faham je la ye.. hehe..)

ok la, sampai sini je dulu.. keadaan agak tak terkawal kerana masih bersedih lagi dan memikirkan siapa pula yang nak amik aku kat puncak alam nih lepas ni.. huwaaaaa... tak kan boleh balik sebulan sekali je lepas ni? isk3... (enjoy the pictures) ;)