Thursday, August 27, 2009

~ Tidur-Tidur Yang Sunat Di Kejutkan ~

(gambar sekadar hiasan)
Mengejutkan orang yang tidur disunatkan sekiranya orang itu tidur dalam keadaan berikut:

Pertama:
Seorang yang tidur di masjid dan waktu solat sudah tiba. Ini berdasarkan hadis Abu Bakrah r.a., beliau berkata yang bermaksud:

“ Aku keluar bersama Nabi s.a.w untuk menunaikan solat subuh. Beliau tidak lalu pada mana-mana lelaki melainkan akan menyerunya untuk solat atau menggeraknya untuk solat dengan kakinya.”
(Hr Abu Daud 1246 – semua perawinya thiqah)

Kedua:
Orang yang tidur dihadapan orang yang solat kerana menggangu orang yang solat.

Ketiga:
Tidur diatas permukaan bangunan tanpa penghadang.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Sesiapa yang tidur diatas permukaan bangunan tanpa ada penghadang (dari jatuh bangunan), sesungguhnya telah terlepas dari tanggungjawab mana-mana pihak (sekiranya jatuh).
(Hr Abu Daud – semua perawinya adalah thiqah)

Keempat:
Tidur dalam keadaan separuh badan terkena cahaya matahari dan setengah lagi tidak kena. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Apabila salah seorang kamu berada di bawah pancaran matahari, kemudian matahari menaik dan sebahagian tubuh mu terkena pancaran matahari dan sebahgian yang lain tidak kena , hendaklah dia beredar.”
(Hr Abu Daud – semua perawinya thiqah)

Kelima:
Tidur waktu subuh.
Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Tidur subuh menegah rezki.”
(Hr Ahmad – sanad lemah)

Umar bin Abdul Aziz apabila melihat anaknya sedang tidur waktu subuh, beliau mengejutkannya dan berkata:

“Rezeki dibahagi-bahagikan sedangkan engkau tidur.”

Keenam:
Tidur sebelum isya' kerana makruh tidur waktu itu. Ini disebut dalam hadis yang panjang, riwayat dari Abi Bakrah r.a. dimana beliau berkata:

“Baginda tidak suka tidur sebelum solat isya' dan sembang-sembang selepasnya.”
(Hr Bukhari - sahih)

Ketujuh:
Tidur lepas solat asar. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:

" Sesiapa yang tidur selepas solat asar dan hilang akalnya , janganlah dia mencela melainkan dirinya.”
(Hr Abu Ya’la – Sanad lemah)

Kelapan:
Tidur berseorangan di rumah. Hukum ini disebut oleh al-Hulaimi dalam kitabnya al-Minhaj Fi Syu’abil Iman.

Kesembilan:
Perempuan yang tidur menelentang. Ini kerana ianya makruh seperti yang disebut dalam kitab yang sama. Umar bin Abdul Aziz telah menegah anaknya yang tidur sedemikian.

Kesepuluh:
Seseorang yang tidur meniarap. Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.”
(Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)

Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata yang bermaksud:

“Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.”
(Hr Ibnu Majah)

Kesebelas:
Mengejutkan orang tidur untuk bangun qiamullail. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Allah merahmati lelaki yang bangun malam, menunaikan solat dan mengejutkan isterinya. Sekiranya isterinya enggan, dia akan merenjiskan air pada muka isterinya. Allah merahmati wanita yang bangun malam, menunaikan solat dan menegejutkan suaminya. Sekiranya suaminya enggan, dia akan merenjis air ke muka suaminya.
(Hr Abu Daud 1308 – perawi-perawinya thiqah)

Ke dua belas:
Mengejutkan orang yang tidur untuk bangun sahur. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya bilal akan mengumandangkan azan pada waktu malam (sebelum subuh), maka makanlan dan minumlah sehingga Ibnu Maktum mengumandangkan azan subuh.”
(Hr Muslim)

Rujukan: Tashilul Maqasid li Zuwwarul Masjid oleh Ibnul Ammad, Aunul Ma’bud oleh al-Abadi dan an-Nihayah oleh Ibnul athir.

Ingat-mengingatilah kita antara satu dan yang lainnya.

Friday, August 21, 2009

~ Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak ~

SAYA TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF kepada kawan2 jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja mahupun yang di sengaja , semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati ALLAH S.W.T, InsyaALLAH. 'Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak'

Sunday, August 16, 2009

~ Doa Seorang Kekasih ~


Oh Tuhan,
seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku,
tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu
segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta
yang Engkau redhai

oh tuhan, seandai dia...
satukanlah...

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala....
Amin ya Rabbal Alamin...

Saturday, August 15, 2009

~ I.K.H.L.A.S. ~

(gambar sekadar hiasan)
hmmm....hari ni kita nak bincang tentang IKHLAS pulak ye...
ok, sejauh manakah anda IKHLAS dalam persahabatan anda??
adakah anda b'kawan dengan seseorang kerana kepentingan diri sendiri? (not good)
ataupn, adakah anda ingin mengambil kesempatan atas kelemahan rakan anda? hmm xbaik..

actually, ade je orang yang t'golong dalam golongan kat atas tu..cuma antara kita nampak atau tidak je kn? IKHLAS lah dalam persahabatan, IKHLAS lah dalam perhubungan, IKHLAS dengan diri sendiri, dengan teman2, dengan ALLAH... jangan lakukan sesuatu perkara dengan pura-pura...

tapi sayangnya benda ni berlaku kt diri saya sendiri (bukan sy yang x ikhlas ye), ade orang2 di luar sana yg m'ambil kesempatan pada diriku ini.. isk3... adeiii, nape la sy nih senang sangat kena tipu ek? sebelum2 nih pun da banyak kali kena gni... hmmm...mayb sebab sy terlalu percaya kt orang lain kot... tp kenapa diorang salah gunakan kepercayaan sy?? anyone have d answer?

tolonglah IKHLAS dan JUJUR kan diri anda... janganlah menipu lg dan janganlah berpura2 lg... Pleasseeee.... :(

~ Dambaan Cinta by Didicazli ~

Lagu nih da lame, sebabkan die best so nk la kongsi2 dgn rakan taulan dan sahabat handai sekalian... hehehe... ok?
kte layan jer lagu ni ae... =))
Ungkapan kata selindung hasrat nan di hati
Andainya ditafsir terserlah makna yang tersembunyi
Renungan mata bukan pandangan biasa
Bertahun andai terjalin hingga waktu ini
Gurauan mesra menghiasi masa kita bersama
Semakin berputik perasaan ini

Kini baru ku sedari
Selama ini kau ku sayangi
Andai bukan itu hakikatnya
Mengapa rindu yang ku rasa
Mungkin tiada ku fahami
Tidak dapat ku nafikan lagi
Beban rahsia kian membakar diri

Kalimah cinta selongkar renungan dicipta
Mungkinkah dibiar terdampar
Kasih tak kesampaian
Naluri bisik bukannya dambaan cinta

Kini baru ku sedari
Selama ini kau ku sayangi
Andai bukan itu hakikatnya
Mengapa rindu yang ku rasa

Mungkin tiada ku fahami
Tidak dapat ku nafikan lagi
Beban rahsia kian membakar diri

Ikhlas ku nyatakan
Kau yang ku sayangi
Kau yang ku cintai
Walau tak mampu ku miliki

Ingin ku luahkan
Mungkin satu hari
Kan terbuka pintu hati
Dapat juga kau terima
Diriku akhirnya

Ikhlas ku nyatakan
Kau yang ku sayangi
Kau yang ku cintai
Walau tak mampu ku miliki
Ingin ku luahkan
Mungkin satu hari
Kan terbuka pintu hati
Dapat juga kau terima
Diriku akhirnya...

p/s: kalau nak dengar, seperti biasa anda semua kenalah download sendiri ye... hehehe... =p

Friday, August 7, 2009

~J.U.J.U.R.~

wokeyh entry kali nih aku nk cerita tentang keJUJURan pulak ae... =)

for me, dalam setiap relationship kejujuran sangat lah penting... it's mean kita x boleh menipu or putar belit sesuatu perkara dgn family atau kawan atau pasangan dan termasuk lah org2 yg rapat dgn kita...(yg xrapat tu boleh je...ahaks). tp zaman ni rasanye dah xramai insan2 yg JUJUR.. susah dh nk jumpa org2 camni...zaman yg penuh dgn tipu muslihat..



hmmm paling aku tak suka orang yg suka m'bangga diri die tu kaya la, pkai brg branded la, itu la, ini la (senang cite aku sangat tidak suka pada orang yang tidak JUJUR)..padahal die tu biasa2 je.. tu pn t'masuk di dalam ketidak JUJURan pada diri sendiri ok.. walaupun ada org kata, memberitahu sesuatu yg benar itu lagi susah dr memberitahu cerita yg direka2 ataupun berbohong... tak ade faedah pun menipu nih, jd hentikan lah ia sebelum anda dihentikan... huhu.. =p



so ape2 pun just be YOURSELF, sentiasa lah b'syukur dgn apa yang kte ada.. orite?

Monday, August 3, 2009

~ New Born ~

new born? but not mine ok... =p

di kesempatan ni sy ingin mengucapkan tahniah kepada Kak Fiza di atas kelahiran putera sulung beliau pada 2 ogos yg lalu.. Kak Fiza nih bestfren aku time praktikal n keje kt UNITEN dulu.. walaupun tak lama keje kt sana, tp kitorang agak rapat la juga.. Aku sempat juga la jadi pengapit dia time dia kawin ari tu.. Nk tau lebih lanjut, sila tengok entry yg awal2 dulu.. (malas nak wat link) hehe.. Alhamdulillah sampai sekarang kitorang still lagi contact.. =) erm baby boy tersebut telah pun diberi nama Ahmad Kamil Akashah bin Arinshah..
Maksud nama :
- Ahmad : yang terpuji
- Kamil : yang sempurna
- Akashah : nama sahabat nabi
tapi aku masih belum berkesempatan untuk melawat kak fiza dan babynya...Maklum lah masa tak mengizinkan.. InsyaALLAH balik cuti nnt aku g lah tengok.. leyh snap2 pic die.. hehe.. =p

orite sampai disini dulu ye... untuk Kak Fiza, tahniah dan ceria selalu... =))