Monday, December 17, 2012

~ 14.12.12 ~

Assalamualaikum w.b.t (kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayaaaanggg..) ;)

Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi pada tarikh di atas sahabat baik saya sejak dari sekolah rendah iaitu Siti Norfatihah telahpun selamat diijab kabulkan dengan pasangannya Muhammad Ammar dengan sekali lafaz sahaja. Didoakan semoga ikatan perkahwinan ini dilimpahi sakinah, mawaddah wa rahmah dan semoga ia berkekalan hingga ke syurga. And you guys both kena cepat cepat dapat baby tau. ;)

Walaupun Fatihah tinggal berdekatan dengan rumah saya (sangat dekat tapi berlainan lorong), kami mula rapat apabila di sekolah rendah darjah 3. Waktu tu kami didalam kelas yang sama dan duduk sebelah sebelah. :) Jadi sejak dari itulah kami pergi dan balik sekolah bersama (naik basikal). Bila naik sekolah menengah kami masih lagi bersama walaupun berlainan kelas. Kami menganggotai unit beruniform yang sama iaitu Kadet Remaja Sekolah. Tapi hanya sampai form 3 je, then saya tak lagi aktif, But we still keep in touch, bila petang petang mesti main badminton sama sama kat depan rumah. :) Sampailah after SPM and dah dapat tawaran sambung study. Mula mula kami dapat tawaran yang sama, so apa lagi kitorang pun terima and sambung study sesama. Tapi tak lama, just for first sem je. Then Fatihah dapat offer tempat lain and she go. Just saya yang teruskan perjuangan itu dan kami pun sedikit demi sedikit menjauh. huuu.. (sedih pula cerita aku nih) ;p But still keep in touch ok. ;)

Okay taknak cerita sedih sedih pun sebenarnya. Ni nak cerita pasal orang kahwin, so kenapa pula nak sedih sedih kan? ish3. Oh ye suami kepada Fatihah ni juga sama sekolah dengan kami. Jadi memang kenal dah lama juga lah. But cerita perkahwinan mereka ni is another story k. Mereka bukan bercinta dari sekolah selepas sekolah pun bukan. After more than 10 years tinggalkan alam persekolahan, then masa tu lah... haa masa tu lah. hehe.

So, another one of my bestfriend dah selamat menjadi isteri seseorang. Tinggal juga lah saya masih keseorangan. huu. But it's ok for me, I believe in faith coz jodoh tu kan rahsia Allah. Setiap orang ada jodoh mereka masing masing. Tak gitu? ;) *bersabar*

Orite, taknak karang panjang panjang sangat pun sebenarnya. Sebab nak bagi uolls semua menghayati gambar gambar yang sempat diambil semasa hari pernikahan mereka berdua. So, take a look. ;)

Gambar pembukaan mestilah ada tuan punya blog kan. ;p with preety bride! 

My lovely friend. Cantik.

Adik pengantin Faezah. Pengantin tengah berdebar saat akad nikah.

Alhamdulillah selesai & sah sebagai suami isteri. Nampak tu tanda bagus? Suka Ammar ye. ;p

Cincin pernikahan disarungkan. Waaahhh seronoknyaaa!! *okayterover* ;)

Berseri seri muka pengantin baru ni. ;)

The three of us. ^_^

One taken but another two available. haha.



p/s : baru perasan perenggan diatas amatlah skemanya. haha.
p/s 2 : macam biasa, doakan giliran saya pula ye! ;) tq.