Showing posts with label myself. Show all posts
Showing posts with label myself. Show all posts

Tuesday, September 8, 2015

~ 2.0.1.4 ~

Assalamualaikum w.b.t.....

Blog yang dah lama ditinggalkan tak ber'update'. Bukan setakat sawang lagi dah, kalau ular masuk buat sarang ni dah beranak pinak dah agaknya. Erkk geli geleman pula bila bayangkan. Ok dah, hilangkan bayangan gurauan tu semua. Sekarang ni nak cerita pasal tajuk kat atas tu.

2014. Ada apa dengan 2014?

Banyak peristiwa bersejarah yang berlaku pada diri ini sepanjang tahun 2014. Antara peristiwa besar adalah saya dirisik, bertunang dan bernikah pada tahun 2014. Alhamdulillah saya bersyukur sangat sebab semuanya telah dipermudahkan oleh Allah swt. Saya bersyukur kerana dipertemukan dengan dia yang kini telah sah bergelar suami. :)

Terima kasih awak kerana memberi saya kenangan terindah untuk tahun 2014 ni. :)

Semoga tahun 2015 dilimpahi kenangan indah yang lain pula. In shaa Allah.

*I'm married!!* :') Alhamdulillah.


post yang telah diperam selama setahun. kbaii.


Thursday, January 31, 2013

~ Dua Ribu Tiga Belas ~

Assalamualaikum and Happy New Year guys. Walaupun hari ni dah masuk penghujung Januari, but I still want to wish Selamat tahun baru to all of you. *akibat rajin sangat update blog* haha.


(Dikesempatan ini saya & suami ingin mengucapkan Selamat tahun baru dan mohon ampun maaf andai ada salah silap antara kita.)


Semoga di tahun ini akan banyak lagi perkara baik dan awesome yang akan berlaku. Semoga kita semua dilimpahkan rezeki dan mendapat keberkatan, kerahmatan dan keredhaan dariNya. InsyaALLAH. Aamiin.

s/c : hensem tak suami saya kat dalam gambar tu? haha. sekali sekala nak berangan. ;p

Wednesday, November 7, 2012

Sunday, November 4, 2012

~ Legoland ~

Hello everyone!! Salam dari Legoland, Malaysia. *eceh* 

Sila jangan percaya. Lalu kat depan entrance Legoland tu pun aku tak pernah lagi. Alah tempat baru lagi, wat apa nak pergi awal awal ye tak? Tunggulah dah setahun dua baru lah kita serbu. haha. *ayat orang tak tau bila dapat pergi* Lagi pun orang cakap tempat tempat baru ni kena pergi setahun selepas penubuhan dia, lagi2 theme park. At least lepas setahun tu permainan kat dalam tu semua dah dicuba berulang kali and takde lah nak risau sangat tentang keupayaan dia kan. *apalah yang aku merepekkan ni* -.-' Cerita sebenarnya ialah tunggu tiket dia turun harga dulu baru aku pergi. haha. *kedekut* ;D

"Tiba tiba tulis entry Legoland, dah lah tak pernah pergi. Kalau dah pergi takpe lah juga nak tulis entry bagai. Ntah apa apa je Shikin ni." Mesti korang cakap camtu dalam hati kan? kan? haha. Actually aku tiba tiba terasa nak tulis entry Legoland ni sebab semalam masa beli air Volcano Milk Tea kat Cool Blog *promote sikit*, penutup bekas air tu gambar Legoland. Sikit pun takde tulis cool blog. Then aku ambil gambar and post kat Instagram, letak caption "Hello Legoland! Nice to meet you." Makanya ramai juga yang percaya aku pergi sana. ngeeehehe. Thanks cool blog kerana merealisasikan 'impian' saya! haha. Ok lah, just for fun. hee.

Tadi aku dengan kerajinan yang luar biasanya telah meng'google' gambar gambar Legoland yang ada kat dunia ni. As a result aku jumpa 6 tempat yang ada Legoland. Aku jumpa 6 je, tak tau la kot ada lagi kat tempat lain ke kan. Let's see kat mana yang ada : 



Tu dia hasil google yang aku buat sebentar tadi. Main entrance je lah dapat. Kalau korang nak tengok isi dalam Legoland ni, do google sendiri ye. hehe. 

Ok, kesimpulannya di sini ialah aku memang tak pernah lagi pergi tempat ni. But teringin juga nak pergi. Ada siapa siapa yang nak bawa saya pergi sini tak? *buatmukacomel* hahaharapan je lah. ;D Sebelum kesimpulan aku jadi lebih tersimpul rapi, better I stop kat sini. And pada anda anda di luar sana yang dah pernah pergi, kongsi  kongsi lah cerita-pengalaman-gambar di sana ye. Sharing is caring kan. ;)

Ok tata!

nota comel : kalau nak feeling Legoland, belilah Cool Blog! *sponsored by Cool Blog*. kbai!

Friday, October 19, 2012

:: 12.12.12 ::


Tarikh cantik terakhir untuk tahun ini. I WANT IT! But.....

Dulu selalu berangan nak tarikh tarikh cantik camni untuk my special day (beranganlah). Ni lagi berapa bulan je lagi nak sampai ke tarikh 12.12.12, tapi sampai la ni takde pun tanda tanda untuk bertunang apa tah lagi berkahwin. huhu. Bak kata ibu aku "angin pun takde lagi buat apa nak beli dulang hantaran bagai" haha. Dialog tu tercetus time aku pergi temankan ibu beli bunga telur untuk kenduri cukur jambul anak buah. Geram lah tengok macam macam jenis idea untuk buat hantaran kat kedai bunga tu tau. *sabar ye Shikin* ngee..

btw tahniah to my schoolmate yang akan bernikah pada tarikh tersebut. Walaupun hari itu adalah hari Rabu. hehe. Congrats Fara! :)

Good bye 12.12.2012!!

Sunday, April 29, 2012

~ me bestfrench ~


*wordlessunday* ;)

Friday, April 27, 2012

~ I'm Back! ~

Assalamualaikum w.b.t.. (tak jawab dosa kalau jawab sayang!) *tiru Maria Elena* ;)

Setelah sekian lama, kini saya kembali lagi. Eceh, drama sangat. Haha.
Apa khabar anda semua di luar sana? Baik baik sahajakah?
Alhamdulillah kalau semuanya sihat. :) Pada yang kurang sihat tu banyakkan bersabar kerana anda sedang diuji Allah, dan kena ingat bahawa ujian itu adalah tanda Dia sayang pada kita. Betul kan?
Maka tersenyumlah saat anda diuji olehNya. :)

Just a short entry untuk pembukaan 2012 ni. ;)

Friday, November 11, 2011

~ 11.11.11 ~




just a date!


ramai yang pilih tarikh hari ni sebagai hari bersejarah mereka seperti hari pernikahan..
four of my friends will be married today, congratulations to all of you! They are Farina, Sharizan, Ekin and Aliaa.. =)




but for me, nothing special happened today..






maybe 12.12.12 will be mine?? who knows??




ha...ha....ha....haaaaa!






(^_________________^) *berangan je lebih*


s/c : just a date!

Monday, September 26, 2011

;)

(gambar sekadar hiasan)



women don't like to be called princesses
but they like to be treated as princesses.. ;)

Thursday, September 22, 2011

~ Big Day - Part 2 ~


inilah cerita sebenar... ;)
my dear cousin's wedding.. me as her pengapit.. =)
theme : minang style.
date : 17 sept 2011
solemnization : 16 sept 2011

*****

*****


*****


*****


*****


*****

-kami sebaya.. tapi dia bukan single lagi.. huuu..-

to my dearest cousin : semoga kamu berbahagia hingga ke akhir hayat, insyaALLAH.. Aminn.. cepat2 dapat baby k.. ;)

love u lah, muah! muah!

Sunday, September 18, 2011

~ Big Day - Part 1 ~

weeehhhhhuuuuu!!! (^_^)!

*****


*****


*****


*****


s/c : will be continue....

Wednesday, September 14, 2011

Thursday, August 18, 2011

~ Cheese puding with Oreo ~

Menu kita kali ni ialah Cheese puding with oreo, atau dalam bahasa melayunya Puding Keju dengan Oreo.. hee.. Cheese puding ni pun first time juga buat (semuanya first time.. =p), mula2 buat kan biasalah ada yang terkurang dan terlebih sikit.. huu.. tapi apa2 pun rasa die sangat sedap ok! lemak2 berkrim gitu.. plus dengan rasa oreo yang memang sedap tu.. nyum2!! =) Seperti yang saya kata sebelum ni, saya suka resepi2 yang simple macam ni dan tidak memerlukan oven/microwave.. cuma menggunakan dapur masak dan juga fridge.. hee.. Resepi ni saya dapat masa jalan2 kat blog masak masak K.Ita.. =) banyak lagi resepi sedap2 kat situ, jemputlah jalan2 di sana ye.. =)

jom tengok pic bawah ni dan juga resepi dia!~ ;)

.....

hasilnya! atas tu saja taburkan serbuk oreo untuk hiasan tambahan.. =p
pic lepas di potong tak sempat nak amik, dah abes di makan pun.. huu..

yang ni buat dalam bekas kecik2, setelah di potong dalam die nampak macam tu lah.. =)

Cheese puding with Oreo
Resepi diadaptasi dari resepi Cheese Puding
Resepi : Along Roz
Sumber : K.Ita

Bahan-bahan :

13g Serbuk Agar-agar
1 Liter Air
120g Gula
3 biji Telur
120-150g Biskut Cheese (blend halus)
1 sudu besar Tepung Kastard
400ml Susu Cair
200g Susu pekat
50g Mentega
Sedikit Oreo di buang creamnya

Cara-cara :

Adunan 1 -
  1. Masak serbuk agar-agar dengan air sehingga hancur. Kacau selalu.
  2. Masukkan gula & kacau sehingga sebati.
Adunan 2 -
  1. Pukul telur sehingga rata dan campurkan biskut dan tepung kastard.
  2. Masukkan susu dan kacau sebati.
  3. Tuangkan ke dalam adunan 1 tadi dan tutup api apabila mendidih.
  4. Masukkan mentega sehingga sebati.
Tuang ke dalam loyang/acuan. Layerkan dengan biskut oreo. Susun biskut dalam loyang dan buat selapis demi selapis. Kemudian biarkan sejuk di suhu bilik.
Sejukkan sebelum di hidangkan.

*tips - telur, biskut cheese, susu cair, susu pekat dan tepung kastard (blend semua sekali) kemudian tuang dalam adunan 1, sentiasa kacau hingga mendidih. Padamkan api dan biarkan sejuk sebentar dan baru dituang dalam acuan.


s/c : maaf kerana presentation kurang memuaskan.. takde bekas2 yang comel.. huu..

Selamat Mencuba! =)

Wednesday, August 17, 2011

~ Tiramisu Biscotti ~

Entry kali ni nak cerita pasal makanan pulak.. Semalam lepas cari bahan2 yang diperlukan dan dengan kerajinan luar biasa saya telah merajinkan diri untuk membuat Tiramisu Biscotti ini.. hee.. Resipi ni dapat masa tengah jalan2 kat blog masak masak K.Nor.. =) Simple sangat2 nak buat die, dan rasanya sangat AWESOME! haha, terover pulak. =p lately nih saya sangat suka mencuba dessert2 macam ni, yang simple dan bahan2 pun senang nak dapat..dan yang paling penting tak perlu menggunakan oven/microwave. (sebab yang ada kat umah ni da rosak.. isk3) tak dapat nak buat biskut untuk raya ni.. Special thanks to my luvly adik (alin) sebab tolong pukulkan adunan untuk tiramisu ni.. Maceh2! ;)

ok lah, jom layan gambar2 dibawah! Kalau u all nak try rasa pun boleh je, sila2! he3.. ;)

.....

in da making... setelah siap dilayerkan dan sedia untuk dimasukkan ke dalam fridge..
tak sabar nak makan! ;)

ok da siap! da makan pun.. huu.. walaupun tak berapa nak cantik rupa die, tapi rasa die tak terkata! keh3.. =p nyum3!!

Ni resepi die..

Tiramisu Biscotti
resepi : K.E MyR
sumber : K. Nor

Bahan-bahan:
1 paket biskut lady finger @ biskut tiramisu
250g cream cheese
200ml whipping cream
1/2 cawan gula halus
1 sudu makan serbuk nescafe
1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
serbuk koko untuk hiasan

Cara-cara :
  1. Bancuhkan nescafe dengan 1 cawan air panas tadi
  2. Satukan gula, cheese dan cream.
  3. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu.
  4. Celup biskut ke dalam air nescafe sehingga basah @ lembut.
  5. Susun biskut tadi ke dalam mangkuk @ bekas.
  6. Sapukan adunan cream+cheese tadi atas biskut.
  7. Susun lagi biskut yang selebihnya sapukan nescafe dan baki cream cheese tadi.
  8. Kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar.
  9. Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya.


s/c1 : resepi ni first time buat, insyaALLAH akan buat lagi.. hee..
s/c2 : kawan2 pun silalah cuba dan kongsikan sama ye.. ;)
s/c3 : ok2, sila lap yang meleleh2 kat tepi mulut korang tu k! huhu..

Tuesday, August 2, 2011

~ Salam Ramadhan Al-Mubarak ~

*senyuman ikhlas untuk pembaca semua* =p

Assalamualaikum.. Salam Ramadhan Al-Mubarak to all my friends, followers and readers! =) Pejam celik pejam celik sekarang dah pun masuk minggu ketiga kita berpuasa.. (dan saya baru je nak post entry Salam Ramadhan ni?? lambat betul.. huu..) tak sangka cepat betul masa berlalu.. tapi rasanya belum terlambat lagi kan? sebab ada seminggu lebih lagi sebelum kita menyambut Hari Raya Aidilfitri.. hehe.. Seminggu lebih je lagi?? cepatnya..rasa sedih pulak sebab Ramadhan akan meninggalkan kita tak lama lagi.. sob3.. :( semoga kita sama2 mendapat keberkatan dan rahmat di bulan yang mulia ini.. Marilah sama2 berdoa agar di panjangkan umur dan di pertemukan lagi dengan Ramadhan akan datang.. InsyaALLAH..

Disini saya ingin berkongsi sedikit beberapa kelebihan bulan Ramadhan Al-Mubarak ni.. cekidaut! ;)

Antara kelebihan-kelebihan bulan Ramadhan yang umumnya diketahui :
  • Bulan keampunan yang penuh berkat untuk hamba-hambaNya yang tidak pernah lari dari kesilapan dan dosa.
  • Diturunkan satu malam yang istimewa iaitu Lailatul Qadar dimana malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Digandakan pahala amalan pada malam tersebut.
  • Diturunkan petunjuk bagi manusia iaitu Al-Quran pada bulan Ramadhan.Oleh itu kita digalakkan untuk memperbanyakkan serta menggandakan bacaan Al-Quran beserta maksudnya di bulan Ramadhan nanti.
  • Ditutup pintu neraka dan dibukakan seluasnya pintu syurga.
  • Syaitan tidak dapat menghasut manusia pada bulan Ramadhan.Namun jika masih ada kejahatan yang dilakukan ia berpunca dari nafsu diri sendiri.Mohonlah keampunan Ilahi di bulan Ramadhan yang mulia itu.
  • Kegembiraaan orang yang berpuasa dengan ikhlas ketika Ramadhan ialah bila tiba waktu berbuka puasa kerana dia dapat menghalang dirinya daripada melakukan kejahatan.

s/c : Selamat berpuasa! puasa, jangan tak puasa! ;)

Sunday, April 10, 2011

~ Selamat Hari Lahir ~

Assalamualaikum..hye there! macam mana hari ni?? sihat tak? heee..peramah terlebih pulak hari ni.. =p maklumlah besday baru je lepas, happy sikit la kan.. =)

okeh, entry kali ni nak cerita tentang 7 April, 8 April & 9 April.. haa, ade apa ngan tarikh2 tu? tak kan la sampai 3 hari sambut besday kan? ish3.. nak tau ape cerita dia, jom baca bawah ni..enjoy gambar2 sekali ye! ;)

*****
7 April 2011 (Khamis)

*Hari ni ialah hari lahir cik Shikin.. (cepat wish kat dia) hehee.. saya da tua la.. isk3..
Alhamdulillah masih lagi diberi peluang bernafas dan meneruskan kehidupan seperti biasa di muka bumi Allah ini.. =)

*My bestfriend belanja kek & makan2 kat Alamanda..yeay! ;) kitorang beli kek kat Secret Recipe pastu pegi makan kat Noodle Station. Abes makan tu jalan2 jap tengok kasut (tak beli pun) pastu sambung makan kek kat food court.. Kenyang sangat2 sebab makan non-stop.. huhu.. Thank you very2 much to my dearest friend Naima.. love u more laa.. =))) (dia balik kerja awal sebab nak belanja saya kek tau!) =)

*Terima kasih banyak2 kepada mereka2 yang memberi ucapan dan doa pada saya ye.. sangat2 menghargainya.. =)

~black forest cake for Naima~
~Tiramisu cake for me~
*sweet tak bestfriend saya ni? hee..
*pic kat noodle station tak sempat nak amik, da abes makan baru teringat nak amik gambar..huhu..
*beberapa jam kami keluar, dua pic tersebut je yang berjaya di ambil.. hehe..


*****
8 April 2011 (Jumaat)

*Hari ni ialah hari lahir cik Shuhada (adik).. korang da wish kat dia ke belum? kalau belum, sila berbuat demikian sekarang juga! huhu.. =p boleh wish kat dia di blog ni..

*Saya telah dikejutkan dengan kepulangannya dari Jengka.. senyap2 je balik, tau2 je da masuk bilik..(eh, macam pantun 2 kerat pulak kn?) huhu..

*Tak dapat nak kuar jalan2 sangat sebab dia balik pun tak lama, maybe lepas dia abes exam nanti la kot.. Apa2 pn, marilah sama2 mendoakan dia dapat menjawab final exam dengan baik dan lancar.. Amin~~ =)



p/s to my adik : buat betul2 final exam ni, i know u can do it.. da belajar for sure boleh buat yang terbaik kan.. semoga result kali ni DL hendaknya.. bau2 da ade tu.. huhu.. Chaiyok2!! (sweet x pesanan akak mu ini?)


*****
9 April 2011 (Sabtu)

*Hari ni should be tak ade besday sapa2 pun.. Cuma terdapat beberapa seprais.. hehe..
*Ktorang (Ibu, Ada & me) pegi tengok Alin kawad kaki, ade pertandingan peringkat daerah. Dabes tu ktorang suma pegi makan2 kat The Chicken Rice Shop. Dabes makan tu pegi beli barang sikit.. Pastu time da bayar suma tiba2 ibu stop kat satu kedai ni.. Rupa2nya ibu nak beli present untuk besday girl yang 2 orang ni.. heee.. suka sangat2.. ;) nak tau apa hadiah dia? cer tengok bawah ni.. *wink*

haaa...nampak tak? hehe..
~this is for me! thanks very much ibu.. Love u much & more~ =)

*sweet tak ibu kami? hehe..
*ni seprais yang pertama!


*Balik dari makan2 & shoping2 tu, malam tu dapat lagi satu seprais. Nak tau ape? cer tengok bawah ni lagi.. *nyum2*

~present dari cik Rysha for Ada..(nape name akak xde?) uhuk.~

~cute kan elmo nih? rasa dia pun sedap sangat tau..nak tempah untuk bertunang nanti boleh tak? (eh? apekah? berangan jap) =p~

~ni pun cute juga, cookies monster.. geram sangat, rasa nak simpan je kat dalam peti ais tu tak nak makan..huhu.. (sape punya sekarang ni? lebih2 pulak eh) =p ~

~full version..hee.. (nak jugak full version..) =p ~


*sweet tak bestfriend adik saya ni? hee.. (dari atas sampai bawah sume nak 'sweet' je aku ni) =p
*ok, lepas juga wat entry ni.. huhu..


Thanks a lot pada suma yang terlibat ye.. Sayanggg kamu semuaaa!!




Saturday, February 19, 2011


14 February 2011
Hari apakah itu?
Hari Kekasih?

jika itu jawapan anda....anda silap!


14 February 2011 adalah hari..................................





Isnin. =)

ok, sebenarnya nak cerita yang saya telah mendapat hadiah pada hari isnin tersebut..
Hadiah tersebut adalahhhhhhh..........





Tadddaaaaa...!!!!
cantik tak?
i got it from my mama, i got it from my mama..(nyanyikan) =p

actually, this present telah dihadiahkan oleh my bestfren ever n ever (kenal tak?)
ye anda betul (kalau jawapan anda betul la)
tak lain dan tak lain adalah Nurul Naima.. ngeeehehe..
thanks makcik (panggilan antara kami) ;)
dari beli haritu sampai la tarikh entry ni di tulis,
handbag tersebut (iye, itu handbag ok) masih lagi belum di rasmikan tau.. hehe..
nanti kita keluar sesama, kita pakai sesama tau..
we are twins, so she bought two..
one for her & one for me..
same handbag, different color..
awww.. so sweet.. haha.. =p


Saturday, January 29, 2011

~ Kisah Coklat di Mid Valley ~

weeeheee....=) walaupun dah terlambat, tapi tetap juga nak post kat sini.. hehe..
Actually, 9 January yang lalu Alin, Naima and me telah menghabiskan masa di Mid Valley. Tujuan asalnye nak jalan2 cuci mata jer.. Tak tau pulak coklat ada buat pameran kat situ..(coklat buat pameran?) huhu.. Then after lunch kami pun gigihkan diri mencari tempat pameran tu.. Time makan tu da tengok2 orang lalu lalang bawak beg kertas coklat. So kami pun berjalan la mengikut arah orang2 yang membawa beg kertas coklat tersebut. Finally, kami berjumpa dengan tempat 'keluarnya' orang2 yang membawa beg kertas coklat tersebut.. hehe.. Pameran coklat tu berlangsung kat Exhibition Centre level atas sekali tu.. Kami pun memulakan sesi lawatan ke 'kilang coklat' tersebut.. Hasil dari lawatan tersebut adalah seperti di tunjukkan dalam gambar di bawah.. Enjoy d picts...

Venue : Mid Valley Exhibition Centre
Date : 7 - 9 January 2011
Event : Malaysia 4th Chocolate Fair 2011

~dekat depan pintu masuk~

~Naima & Me. dekat depan pintu masuk~

~Kami lagi..Sila jangan borink tengok muka kami.. huhu..~

~Naima & Alin. dekat pintu gerbang coklat~

~Salah satu booth coklat. FUNDUElah!, dekat sini ada air terjun coklat..nyum3.~

~Lolipop coklat, ada banyak lagi corak macam kat belakang tu~

~teddy bear coklat. cute one, selain dimakan sendiri ianya juga boleh dijadikan sebagai hadiah~

~printed coklat. ni pun sweet juga, macam2 gambar boleh letak & gambar tu juga boleh dimakan~

~printed coklat. dekat gerai ni lagi banyak pilihan & kalau nak suh dia print gambar anda time tu juga pun boleh~

Siapa yang tak pergi tu, rugi tau.. Sebab time ni dapat makan coklat free yang pelbagai jenis dan rasa.. hehe.. (saya pergi pun kebetulan jer) =p


Tuesday, September 28, 2010

~ dan bila gambar berbicara... ~

dan bila gambar berbicara...
tiada siapa mengerti
kerana tiada kata-kata
melainkan hanya gambar semata-mata...

huhuhu...saje nak test, tiada yang special pun.. =p



p/s 1 : kadang-kadang Shikin memang suka berangan sendiri..
p/s 2 : maafkanlah dia ye.. =p

Thursday, April 8, 2010

~ Selamat Ulang Tahun Sayang ~

Hmm tajuk yang best.. hehehe.. =) korang pernah dengar tak lagu tu? dinyanyikan oleh Imran Ajmain.. tapi ari ni bukan lah nak bercerita pasal lagu die tu kan.. hehehe..

Semalam, Rabu bersamaan dengan 7 April 2010 adalah merupakan Hari Tua saya... isk3, da tua la.. dengan itu bertambah lah umur saya menjadi 2*... haha.. muda lg tu.. ngeehehe..


Erm just want to say a lot of thanks to those yang dah wish and ade yang nyanyi jg.. sangat2 terharu.. special thanks to my housemate yang wat suprise, nyanyi ramai2, cupcakes n tiny luvly notes..heehe..special thanks to OCB55B jg yang nyanyikan lagu besday kat dalam class semalam.. =))

sedey sebab kena duk kat hostel jer time besday nih.. isk3.. tapi ayah da kate nak belikan kek nanti.. heeeehehe.. saya nak balik rumah!!! lalalalalala...~~

Love notes ~ from enaz, emy, ada, ecah, shima, kak ct, qilah, lyn n nisae..

...TQVM...
selamat hari tua Shikin.. =p