Friday, October 19, 2012

:: 12.12.12 ::


Tarikh cantik terakhir untuk tahun ini. I WANT IT! But.....

Dulu selalu berangan nak tarikh tarikh cantik camni untuk my special day (beranganlah). Ni lagi berapa bulan je lagi nak sampai ke tarikh 12.12.12, tapi sampai la ni takde pun tanda tanda untuk bertunang apa tah lagi berkahwin. huhu. Bak kata ibu aku "angin pun takde lagi buat apa nak beli dulang hantaran bagai" haha. Dialog tu tercetus time aku pergi temankan ibu beli bunga telur untuk kenduri cukur jambul anak buah. Geram lah tengok macam macam jenis idea untuk buat hantaran kat kedai bunga tu tau. *sabar ye Shikin* ngee..

btw tahniah to my schoolmate yang akan bernikah pada tarikh tersebut. Walaupun hari itu adalah hari Rabu. hehe. Congrats Fara! :)

Good bye 12.12.2012!!

Thursday, October 11, 2012

~ Wahai lelaki, berjanggutlah ~


Jika wanita mementingkan kecantikan dan keserian wajah, lelaki juga tidak terlepas daripada memikirkan perihal yang sama. Cuma menjadi perbezaan antara ‘kecantikan’ wanita dan lelaki adalah janggut. Janggut merupakan aset yang mampu menjadikan seorang lelaki itu kelihatan lebih ‘tulen’. Terdapat pelbagai kelebihan dan kebaikan sekiranya seorang lelaki itu memiliki dan memelihara janggutnya. Antara kelebihan berjanggut adalah :
· Menampakkan kelelakian
· Kelihatan lebih ‘macho’
· Lebih hensem dan berkarisma
· Nampak soleh
· Membezakan lelaki sejati dengan lelaki yang tidak berapa sejati
· Lebih diminati wanita
· Mempunyai manfaat kesihatan
· Mencontohi fizikal tokoh-tokoh pemimpin dahulu
Namun ianya bukanlah sesuatu yang penting dan perlu di ambil berat malahan seorang lelaki yang berjanggut itu tetap lebih baik kelihatan daripada lelaki yang tidak berjanggut. Utamakan niat anda untuk berjanggut semata-mata ingin mengamalkan sebahagian daripada sunnah yang ditinggalkan Baginda Rasulullah SAW. Bukan berjanggut kerana mengikut fesyen terkini atau sebagainya.
Antara kata-kata ataupun hadith Baginda Rasulullah SAW yang berkaitan janggut adalah seperti :
“Tipiskanlah misai kamu dan peliharalah janggut kamu.” (Hadith Riwayat Bukhari)
“Janganlah kamu menyerupai orang-orang Musyrikin dan peliharalah janggut kamu.” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
“Janganlah kamu meniru (menyerupai) orang-orang Majusi (penyembah berhala) kerana mereka itu memotong (mencukur) janggut mereka dan memanjangkan (memelihara) misai (kumis) mereka.” (Hadith Riwayat Muslim)
Hadith di atas menunjukkan bahawa bukan sahaja Baginda Rasulullah SAW menyuruh kita agar berjanggut, tetapi melarang kita dari menyerupai orang kafir iaitu dengan memelihara misai dan mencukur janggut mereka.
Niatkan memelihara janggut kerana sunnah Rasullullh SAW nescaya anda akan melihat kelebihan dan merasai kebaikan berjanggut. Walaupun pada pandangan anda atau orang lain ianya nampak tidak cantik namun di sisi Allah SWT ianya sudahpun kelihatan elok dan sempurna.
Wahai lelaki, berjanggutlah.

~ Rahsia Kejayaan seorang JUTAWAN ~


PRINSIP HIDUP TAN SRI SYED MOKHTAR ALBUKHARI 
(orang terkaya di malaysia)

1. Saya bekerja seperti tiada hari esok

2. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tapi tentulah ia memakan masa. TIADA JALAN SINGKAT. Saya melalui jalan yang susah, tapi itulah jalan yang kekal.

3. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya.

4. Untuk memajukan perniagaan, MEMANG KENA BAYAK SABAR DAN KUAT USAHA

5. Dalam hidup ini, sebenarnya kita TIDAK ADA STATUS, Ada masa diatas dan ada masa dibwah.

6. Saya tahu orang melayu kalau nak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang dan malam.
Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

7. Apa yang saya tak tahu saya belajar dan minta tolong orang lain. Saya tidak malu. Saya usaha sendiri.

8. Saya percaya perkara baik yang kita lakukan yang akan kekal.

9. Orang berniaga mana yang tak berhutang.

10. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah skit pun tak mengapa.

11. Kalau tak sanggup tunggu 34 tahun sperti saya  berilah sikit masa untuk faham selok belok perniagaan. Insyallah boleh maju.

13. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh, tapi kena cepat cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik.

14. Dengan sikap dan cara kita berfikir , gigih, tekun, dan tak putus asa merupakan kunci kejayaan kita.

15. Tuhan memberi peluang kepada sesiapa sahaja yang BEKERJA KUAT

16. Orang melayu sebnarnya kena bantu diri sendiri. Kena bekerja keras dan fokus!.

17. Alhamdulillah, lebih baik buat sikit, daripada tak buat langsung.

Sharing from my friend.

I've 2 change!!!!