Tuesday, September 22, 2009

~ Selamat Hari Raya Aidilfitri ~

Selamat Hari Raya kepada semua... Maaf Zahir dan Batin, andai ada terkasar bahasa tersilap bicara.. Salam Aidilfitri Minal A'idin wal Faizin.. =)

(1st Raya)

...di pagi hari raya...
...sesi menambah berat badan, huhuhu...
...cousin ku shimot, ngee...

...kami 7 bersaudara... ;)

...pink sedunia, yeay...

Sunday, September 6, 2009

~ Sangat Risau ~

UPSR & SPM adeiii, tahun ni kedua2 adik ku yang tersayang akan menghadapi ujian besar... aku pulak yang rasa nerves.. huhuhu...

Adleen@ UPSR (8-10 Sept 2009)

ni adik aku yang last.. banyak main game jer.. tak tau la camne dengan exam die ni kang.. tapi ape2 pun aku percaya kat die.. die ni budak pandai, cume malas sikit jer.. aku harap die leyh dapat straight A untuk UPSR dengan SPRA nih.. insyaALLAH..

p/s untuk ALIN:

1. buat elok2 time exam nanti, bagi dapat A untuk sume subject tau..

2. jangan lupe bace doa sebelum jawab..

3. bace soalan tu betul2 dan fahamkan ape yang soalan tu nak..

4. kalau terlupa time nak jawab tu, ingat la muka akak ko yang cun nih k... ahaks..(x membantu langsung) =p

Shuhad@

SPM
ni pulak adik bawah aku.. die takde la banyak sangat main.. rajin juga study.. sangat aktif dekat sekolah, kalau boleh sume jawatan die nak pegang..(lebih kurang GP la jg..) hehehe.. =p sangat bagus, tapi fokus kat pelajaran juga k.. tahun ni ko nak SPM dah.. aku agak risau juga kat die nih, sebab subjek yang die amik nih agak tough juga walaupun bukan aliran sains.. lagi2 subject account tu, ko wat la betul2 nanti.. jangan careless sangat time menjawab tu.. p/s untuk ADA: 1. same juga, bagi dapat A untuk sume subject tau.. walaupun susah, kena usahakan juga bagi dapat.. 2. bace doa sebelum menjawab tu.. kalau boleh, wat solat hajat malam2 sebelum exam tu.. 3. minta maaf kat ibu ayah, cikgu2, kawan2, minta doa kan.. 4. ade masa lagi ni, usaha lebih lagi..review past year question.. wat la berapa banyak pun soalan2 tu, nanti ko tak terkejut sangat bila dapat kertas soalan tu.. 5. macam biasa, kalau terlupa nak jawab ape, ko ingat jer muka akak ko yang cun nih k.. lalalala...~~ korang jangan main2 tau.. kalau dapat straight A, nanti akak belanja something.. aku serius nih.. =) aku pulak yang nerves lebih2 nih apesal ntah.. huhu.. korang kalau ade adik yang exam tahun nih pun mesti rasa macam aku jugak kan? biasa la tu kan, akak yang perihatin memang macam nih... kui3... =p ape2 pun, gud luck untuk adik2ku sekalian.. akak mu disini sentiasa mendoakan kejayaan korang..(baik kan aku nih?) ahaks.. chaiyok2!!

Friday, September 4, 2009

~ Wanita Idaman Lelaki ~

(gambar sekadar hiasan)
WANITA IDAMAN

Semoga dapat dijadikan panduan kepada kaum wanita dalam membentuk diri menjadi muslimah sejati. jua buat panduan kaum lelaki dalam mencari muslimah sejati untuk teman dunia dan akhirat, dan jua buat diriku dalam membaiki diri menjadi WANITA IDAMAN.. InsyaALLAH.. sama-samalah kita membentuk diri dalam menjadi hamaba Nya yang berTAQWA….

" WANITA IDAMAN "

Wanita idaman lelaki ialah ,
yang hatinya disalut taqwa kepada Allah,
yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam ,
yang sentiasa haus dengan ilmu ,
yang sentiasa dahaga akan pahala ,
yang solatnya maruah dirinya ,
yang tidak pernah takut untuk berkata benar ,
yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu ,
yang sentiasa bersama kumpulan orang orang berjuang di jalan Allah .
Wanita idaman lelaki ialah ,
yang menjaga tutur katanya ,
yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya ,
yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang ,
yang mempunyai ramai kawan ,
dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang .
Wanita idaman lelaki ialah ,
wanita yang menghormati ibunya ,
yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tuanya dan keluarga ,
yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga ,
yang akan mendidik suami dan anak-anak mendalami islam ,
yang mengamalkan hidup penuh sederhana ,
kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat .
Wanita idaman lelaki ialah ,
yang sentiasa bersedia untuk menjadi insan ,
yang hidup dibawah naungan al quran dan mencontohi sahabiyyat ,
yang boleh diajak berbincang dan berbicara ,
yang menjaga matanya dari berbelanja ,
yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya .
Wanita idaman lelaki ialah ,
tidak pernah membazirkan masa,
matanya kepenatan kerana penat membaca ,
suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir ,
tidurnya lena dengan cahaya keimanan ,
bangunnya subuh penuh kecergasan ,
kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan ,
Wanita idaman lelaki ialah ,
yang sentiasa mengingati mati ,
yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat ,
yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga ,
agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik ,
meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian .
Wanita idaman lelaki ialah ,
yang tidak terpesona dengan buaian dunia ,
kerana dia mengimpikan syurga ,
di situlah rumah idamannya ,
dialah WANITA IDAMAN LELAKI .

" Jika ada lagi WANITA sebegini..alhamdulillah….alangkah bertuah sesiapa yg dapat memiliki hatinya.. "