Monday, December 29, 2008

Antara 9 Siti yang patut dicontohi:
1) Siti Khadijah-
Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira’.
2) Siti Fatimah-
Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b’kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.
3) Siti A’ishah-
Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.
4) Siti Hajar-
Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibumithali).
5) Siti Mariam-
Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.
6) Siti Asiah-
Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.
7) Siti Aminah-
Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.
8.) Siti Muti’ah-
Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati,berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.
9 ) Siti Zubaidah-
Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid.Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat keranaAllah s.w.t.

Wednesday, December 10, 2008

MENGAPA IBU MENANGIS

Suatu ketika, ada seorang anak lelaki yang bertanya pada ibunya. Ibu, mengapa ibu menangis?

Ibunya menjawab, sebab Ibu seorang wanita.

Saya tak mengerti… kata si anak lagi.

Si ibu hanya tersenyum dan memeluknya erat. Nak, kamu memang tak akan pernah mengerti…

Kemudian anak itu bertanya pada ayahnya, Ayah, mengapa Ibu menangis?

Ibu menangis tanpa sebab yang jelas, ayah menjawab. Semua wanita memang sering menangis tanpa alasan… hanya itu jawapan yang mampu diberikan oleh ayahnya.

Sehingga kemudian si anak itu membesar menjadi remaja, dia tetap bertanya-tanya, mengapa wanita menangis. Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, Ya Allah, mengapa wanita mudah sekali menangis?

Dalam mimpimya dia merasa seolah-olah Tuhan menjawab, Saat KUciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama. KUciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut unuk menahan kepala bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali ia menerima cerca dari anaknya itu.

KUberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan,pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa. Kepada wanita, KUberikan kesabaran untuk merawat keluarganya walau letih, walau sakit, walau lelah, tanpa berkeluh kesah.

KUberikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam situasi apapun. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada bayi-bayi yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didekap dengan lembut olehnya.

KUberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukannya tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak. KUberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyadarkan bahawa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai isterinya.

Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

Dan akhirnya KUberikan ia air mata agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus KUberikan kepada wanita, agar dapat digunakan bila-bila yang ia inginkan.

Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya air mata ini adalah air mata kehidupan.

p/s: janganlah membiar kan ibu/isteri anda menitis kan air mata kerana sedih dan kecewa dengan apa yang telah anda lakukan, tetapi biarkan lah dia menitis kan air mata kerana kegembiraan.

to my beloved ibu (Hjh. Norhaidah bt. Hussin) : terima kasih kerana melahirkan ku ke dunia ini, pengorbanan mu amat ku hargai. =)


Thursday, December 4, 2008

Engkaukah Wanita Sejati?

Seorang gadis kecil bertanya pada ayahnya, Abi ceritakan padaku tentang akhwat sejati?
Si ayah pun menoleh sambil kemudian tersenyum.
Annakku…
Seorang akhwat sejati bukanlah dilihat dari kecantikan paras wajahnya, tetapi dilihat dari kecantikan hati yang ada di baliknya. Akhwat sejati bukan dilihat dari bentuk tubuhnya yang mempesona, tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya. Akhwat sejati bukan dilihat dari begitu banyaknya kebaikan yang ia berikan tetapi dari keikhlasan ia memberikan kebaikan itu. Akhwat sejati bukan dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya, tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan. Akhwat sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa, tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara.
Si ayah diam sejenak sambil melihat ke arah puterinya.
Lantas apa lagi abi? Sahut puterinya.
Ketahuilah puteriku…
Akhwat sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya. Akhwat sejati bukan dilihat dari kekhuatirannya digoda orang di jalan tetapi dilihat dari kekhuatiran dirinyalah yang mengundang orang jadi tergoda. Akhwat sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauhmana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa syukur.
Dan ingatlah…
Akhwat sejati bukan dilihat dari sifatnya dalam bergaul, tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehoramatan dirinya dalam bergaul.
Setelah itu sang anak kembali bertanya. Siapakah yang dapat menjadi kriteria seperti itu, abi?
Si ayah memberikannya sebuah buku dan berkata. Pelajarilah mereka! Si anak pun mengambil buku itu dan terlihatlah sebuah tulisan Isteri Rasulullah.

Lelaki Acuan Al-Quran

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Seorang
Lelaki Yang Beriman
Yang Hatinya Disaluti rasa Taqwa
Kepada Allah SWT
Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu
Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala
Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya
Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar
Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan
NafsuLelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki
Yang Menjaga Tuturkatanya
Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya
Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia
Yang DicarinyaYang Sentiasa Berbuat Kebaikan
Kerana Sifatnya Yang Pelindung
Yang Mempunyai Ramai Kawan
Dan Tidak Mempunyai Musuh Yang Bersifat Jembalang
Lelaki Acuan Al-Quran Ialah
Lelaki Yang Menghormati Ibubapanya
Yang Sentiasa Berbakti Kepada Kedua
Orang Tua Dan Keluarga
Yang Bakal Menjaga Keharmonian Rumahtangga
Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan Isteri
Mendalami Agama Islam
Yang Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan
Kerana Dunia Baginya Adalah Rumah
Sementara Menunggu Akhirat
Lelaki Acuan Al-Quran Sentiasa
Bersedia Untuk Agamanya
Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran
Dan Mencontohi Sifat Rasulullah SAW
Yang Boleh Diajak Berbincang Dan
berbicaraYang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan
Rahmat Allah Ke Atasnya
Lelaki Acuan Al-Quran Tidak Pernah Membazirkan Masa
Yang Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca
Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir
Yang Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan
Yang Bangun Subuhnya Penuh Dengan Kecerdasan
Kerana Sehari Lagi Usianya Bertambah
Penuh Kematangan
Lelaki Acuan Al-Quran Sentiasa Mengingati Mati
Yang baginya Hidup Di Dunia AdalahLadang Akhirat
Yang Mana Buah Kehidupan Itu PerluDibajai Dan Dijaga
Meneruskan Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian
Lelaki Acuan Al-Quran Ialah
Lelaki Yang Tidak Mudah Terpesona
Dengan Buaian Dunia
Kerana Dia Mengimpikan Syurga
Di Situlah Rumah Impiannya
Bersama Wanita Acuan Al-Quran.

wedding

Actually wedding ni dah berlangsung last month, tetapi disebab kan blog ni baru je di publish kan secara rasminya pada 3 Disember 2008 pada jam 12 tgh malam.
Majlis ni pula berlangsung pada 8 dan 9 November 2008. Majlis perkahwinan kawan office aku, Noor Faezah dan pasangannya Arinshah. Time ni aku merupakan orang yang agak penting juga la... kikikiki... First time jadi pengapit ni perasaan sangat la teruja, ada la nervous ckit sebenarnya.. mengalahkan pengantin pulak tu.. huhuhu...
Habis majlis tu memang penat sangat, tapi seronok juga duk kat atas pelamin ni sebenarnya ek? kt atas tu dapat tengok sume orang yang datang.. tapi yang paling penting bila dah duk kt atas pelamin ialah, kena control ayu n cun la.. hehehe.. =p
bila la nk sampai turn aku pula ek? =p kawan2 yang sama sekolah menengah dulu ramai yang dah bina masjid.. Ada yang dah ada anak pn.. Merasa juga la ada anak buah dalam usia muda ni.. hehehe..
To all my friends yang dah selamat bernikah dan sedang melayari bahtera rumah tangga, diucapkan Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.. Amin.. =)
Selamat Pengantin Baru...
-Noor Faezah & Arinshah-



me as pengapit yang berjaya.. wakakaka.. =p

Kak Feeza di hari bahagianya... =)

Wednesday, December 3, 2008

new bloggers here!!

assalamualaikum...
saya budak baru belajar,
kalau salah tolong tunjukkan..

sungguh teruja untuk memulakan.. hehehe..

stop here now.. see again ya..